jalan-jalan cari makan versi TJP

bismillah..

[ini adalah entry yang bersifat santai yang telah ditulis sejak 2 hari yang lepas namun gagal di'post' lantaran masalah gangguan internet. harap maklum.]

mat'am oozi (atau restoran oozi) merupakan salah sebuah restoran baru yang terletak berhampiran dengan kediaman saya di syari' jamiah, irbid. restoran ini menyajikan hidangan nasi arab yang pelbagai seperti mandi, beriyani dan sebagainya. untuk pengetahuan mereka yang belum pernah ke irbid, restoran arab yang menghidangkan nasi sebenarnya tidaklah terlalu banyak di sini, mungkin kerana masyarakat arab secara umumnya tidak kerap makan nasi berbanding orang melayu. di sepanjang syari' jamiah irbid tidak sampai 10 restoran yang menyajikan hidangan nasi yang merupakan kegilaan masyarakat melayu yang menetap di sini. di antaranya termasuklah mat'am taj mahal, mat'am yamani isyarah iskan, mat'am yamani 'apanama..' (bawah tanah, tak ingat ape nama dia), mat'am hadralmaut duwar jamiah, mat'am eishil huna, mat'am oozi, mat'am umari (juga berhampiran dengan rumah saya), mat'am beriyani hindi, mat'am abu mahmud dan mat'am dai'ah. (mungkin ada yang tertinggal tapi nak mudahkan cerita nilah restoran nasi yang ada.) setiap restoran ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri - dari segi rasa, harga, layanan etc - dan kebiasaannya ia adalah sesuatu yang bersifat subjektif, yakni penilaian terhadap sesebuah restoran itu mungkin berbeza bergantung kepada citarasa pelanggan.

setakat ini saya telahpun mencuba hampir kesemua restoran di atas, yang paling terbaru - mat'am oozi ni lah. walaupun restoran ini sudah memulakan operasi perniagaannya sejak beberapa bulan yang lepas, baru semalam saya tergerak hati untuk mencuba. mungkin terkesan daripada keadaan restoran yang selalu lengang (walaupun restoran cantik, bersih dan kemas) dan respon kurang memberangsangkan daripada rakan-rakan yang pernah mencuba. menu bertuah saya malam tadi - mandi. (wajibah lain dah habis kot lambang dah larut malam.) seperti biasa, saya minta hidangan saya untuk dibungkus pulang, tambahan pula pekerja restoran sudahpun mengemas premis mereka dan bersiap-siap untuk balik.

sementara menanti hidangan saya di'panas'kan semula, saya meninjau-ninjau keadaan di dalam restoran. keadaannya memang bersih, selesa dan menenangkan. lokasi memang strategik, dekat sangat dengan jalan besar tempat orang lalu lalang. alunan ayat suci al-quran pula sentiasa berkumandang mendamaikan jiwa. (adalah sesuatu yang biasa di negara arab untuk memasang saluran tv al-quran di kedai-kedai). dekorasi restoran sangat menarik, dengan gabungan warna kuning cair bersama hijau muda menyerikan dinding premis berkenaan. kaligrafi arab turut menghiasi suasana. ironinya, walaupun restoran ini agak kurang dikunjungi (buat masa ini) meja makan dan kerusinya jauh lebih banyak dan mencukupi untuk menampung pelanggan yang ramai jika hendak dibandingkan dengan mat'am yang lain (terutamanya mat'am yamani) yang seringkali tidak cukup tempat makan, misalnya ketika 'peak hour' ataupun hari jumaat. layanan pekerjanya pula setakat ini sangat memuaskan. (harapnya berterusanlah.)

salah satu yang menarik di mat'am oozi adalah menunya yang pelbagai. sekurang-kurangnya tiga jenis nasi akan dijual dalam sehari, bergilir-gilir setiap hari. hari ni mandi, maqlubah dan beriyani. esok mungkin mansaf, kabsah dan oozi. begitulah seterusnya. boleh dikatakan terdapat beberapa jenis nasi yang dijual disini agak 'baru' bagi saya. petang tadi untuk pertama kalinya saya mencuba nasi kashmiri, lebih kurang macam mandi tapi boleh tahanlah juga sedapnya. selain mat'am oozi, mat'am taj mahal & mat'am beriyani hindi turut menghidangkan pelbagai jenis nasi yang jarang-jarang ditemui di premis lain. dan kepelbagaian ini penting supaya pelanggan tidak bosan, tak begitu?

seperti restoran nasi yang lain, hidangan nasi di sini datang bersama ayam yang dimasak dengan cara yang pelbagai - mungkin dipanggang, digoreng, ataupun dimasak bersama kuah. (saya tak pasti restoran ni ada daging ke tak.. takpe esok kita cuba~) side-dishes seperti sup, 'fasuliya', 'yakhneh', laban, salatoh arabi (salad arab yang dibuat daripada tomato, timun dan kobis), puding dan sebagainya turut disediakan. memang menarik. harga pun boleh tahan, tidaklah terlalu mahal. untuk wajibah biasa (nasi bersama ayam) adalah dalam jd 2.50. not bad, kedai lain pun sekitar jd 2.25-2.75.

hairan juga saya mengapa restoran ni tidak menjadi pilihan masyarakat setempat.

mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa tetibe plak saya beriya-iya mempromote kedai ni?

sebenarnya, saya sangat mengagumi semangat masyarakat arab yang ditunjukkan dalam bidang perniagaan seperti ini. orang arab bukan macam orang melayu bila berniaga. kedai sebelah-menyebelah, walau jual produk yang sama sekalipun memang tak jadi masalah. takde nak menjampi serapah, takde nak mendengki khianat, takde nak main kotor untuk tarik pelanggan, sekiranya perniagaan jiran mereka lebih laris sedikit berbanding mereka.

apa yang penting bagi mereka adalah kualiti kerja mereka ke arah memuaskan hati pelanggan. oleh sebab itulah seringkali kita lihat orang arab ni bila berniaga automatik terus jadi peramah dan sopan santun. (nak amik hati agaknya.. tapi ada je yang eksen, terutamanya yang kerja sebagai 'kuli'.. penat kot..) yang mana duit lebih sikit tiap-tiap tahun 'renovate' premis mereka sebaik dan secantik mungkin. ada juga yang cuba lari daripada menjadi 'stereotype' - mempelbagaikan produk yang ingin 'dipersembahkan' kepada pelanggan dengan cara yang tersendiri. dan yang paling penting sekali, memastikan layanan 'tip-top' diberikan kepada semua pelanggan tanpa sebarang prejudis. semuanya adalah untuk membuatkan pelanggan 'jatuh hati' dengan mereka.

(bercakap pasal prejudis ni mungkin ada yang tak tau beberapa restoran dekat sini telah saya boikot lantaran layanan buruk dan double-standard premis berkenaan terhadap orang melayu.. carilah sendiri kedai mana..)

mat'am oozi bagi saya telahpun menepati hampir kesemua kriteria yang melayakkan ianya untuk menjadi salah sebuah restoran paling 'hot' di irbid, namun saya hairan hal yang demikian tidak berlaku secara realitinya. saya tak taulah apa kurangnya dengan restoran ni, tapi bagi yang belum mencuba, trylah sekali sekala makan di sini.

adalah sesuatu yang menyedihkan untuk melihat perniagaan saudara kita gulung tikar begitu sahaja lantaran tidak mendapat sokongan masyarakat setempat. apa salahnya kita cuba bantu tingkatkan ekonomi saudara seagama kita walaupun berlainan bangsa, daripada kita berterusan melaburkan duit di premis-premis makanan segera yang ternyata lebih mahal harganya, namun kurang pula khasiatnya. insyaAllah, bila kita niat bantu ekonomi saudara kita, Islam sendiri mendapat pulangannya. malah setiap qirsh, sen (atau apa sahaja matawang) yang kita laburkan dengan niat itu mudah-mudahan diberkatiNya.

apa yang paling penting, jangan membazir, jangan banyak makan (syarhutto'am), jangan makan makanan yang kurang berkhasiat, jangan tak makan juga (nanti hypoglycemic terus pitam) dan pastikan kesihatan anda di tahap optimum.
"wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepadaNya."
[al-baqarah, 172]

selamat beramal..

ayat-ayat cinta I

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.

(Akan tetapi) mereka (orang-orang kafir) mengambil sembahan-sembahan selain dari Allah sebagai tuhan; yang tidak dapat mencipta sesuatu apapun, bahkan sembahan-sembahan itu sendiri diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi), ianya tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri, tidak pula berkuasa mematikan atau menghidupkan apatah lagi membangkitkan semula makhluk-makhluk yang telah mati.

Dan orang-orang yang kafir itu berkata, "(Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain." Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta.

Dan mereka berkata lagi, "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)."

Katakanlah (kepada mereka wahai kekasihKu Muhammad), "Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Dan mereka pula berkata, "Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya)."

"Atau diberikan kepadanya perbendaharaan harta benda atau sebuah kebun untuk dia makan hasilnya," dan orang-orang yang zalim itu berkata pula (kepada orang-orang yang beriman), "Sebenarnya kamu semua hanyalah menurut seorang yang tidak siuman."

Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka memibaratkanmu dengan pelbagai misal perbandingan (yang bukan-bukan), dengan sebab itu sesatlah mereka, sehingga mereka tidak mendapat jalan petunjuk.

Maha Berkat Tuhan, jika Dia kehendaki sudah tentu Dia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta dibinakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah).

(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang.

Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh.

Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, berteriaklah mereka di sana mengharapkan kebinasaan (agar mereka terlepas dari azab yang pedih itu).

(Lalu dikatakan kepada mereka,) "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini dibinasakan sekali sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya)."

Bertanyalah (kepada mereka), "Adakah (azab seksa Neraka) yang demikian itu lebih baik ataupun syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa?" Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali.

Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa masing-masing).

Dan (ingatkanlah) hari Tuhan menghimpunkan mereka (yang kafir) bersama makhluk-makhluk yang mereka sembah selain daripada Allah, lalu Dia bertanya (kepada makhluk-makhluk yang telah dipuja dan disembah itu), "Kamukah yang menyesatkan hamba-hambaKu itu atau mereka yang sesat jalan?"

Mereka menjawab, "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)! Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun selain daripadaMu sebagai pelindung yang disembah (dan tidak patut juga kami menyeru orang menyembah kami); akan tetapi engkau (wahai Tuhan kami) telah melimpahkan kemewahan kepada mereka dan kepada datuk neneknya sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran agamaMu dan menjadilah mereka kaum yang binasa."

Maka (dikatakan pula kepada golongan itu), "Sesungguhnya mereka (yang kamu puja dan sembah) itu telah mendustakan dakwaan kamu (bahawa mereka yang menyesatkan kamu). Oleh itu, kamu semua tidak akan dapat menjauhkan azab seksa atau beroleh sebarang pertolongan dan sesiapa yang berlaku zalim di antara kamu (wahai umat manusia, dengan kekufuran atau maksiat), Kami akan merasakannya azab seksa yang besar!"

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami (ketika Hari Kebangkitan kelak), "Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau kita dapat melihat Tuhan kita?"

Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya.

(Ingatkanlah, apabila tiba) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya) dan mereka akan berkata, "Semoga kita jauh, dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)."

Dan Kami akan memperlihatkan (kepada mereka ketika Hari Kebangkitan kelak) setiap jenis amal kebajikan mereka di dunia (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikannya (amal kebajikan mereka ketika di dunia itu) terbuang bagai debu yang berterbangan.

Ahli-ahli Syurga pada hari itu (pula) lebih baik tempat menetapnya dan lebih elok tempat rehatnya.

Dan (ingatlah) pada hari (ketika) langit terpecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat) dan (lalu) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasuk-pasukan.

Kuasa pemerintahan yang sebenar-benarnya pada hari itu adalah tertentu bagi Allah Yang Maha melimpah rahmatNya dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir.

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata, "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul.

"Celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu (syaitan dan iblis) menjadi sahabat karib!

"Sesungguhnya dia (syaitan) telah menyesatkan aku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku, dan sungguh, syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya).

Dan berkatalah Rasul, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai."

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi pemberi petunjuk serta menjadi penolong (bagimu terhadap mereka).

Dan orang-orang yang kafir berkata, "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan sedemikian (beransur-ansur) kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).

Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke Neraka Jahanam (dengan tertiarap) di atas mukanya (ialah) mereka yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya.

Dan sesungguhnya Kami telah berikan Kitab Taurat kepada Nabi Musa dan Kami lantik saudaranya Nabi Harun, sebagai pembantunya.

Lalu Kami perintahkan mereka, "Pergilah kamu berdua kepada kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami," maka (kesudahannya) Kami binasakan kaum itu sehancur-hancurnya.

Dan (demikian juga) kaum Nabi Nuh, ketika mereka (orang-orang musyrik) mendustakan Rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka dan Kami jadikan mereka satu tanda (yang menjadi contoh) bagi umat manusia (yang hidup sesudah zaman itu) dan Kami sediakan bagi sesiapa yang zalim azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Dan (demikian juga Kami telah binasakan kaum) Aad dan Thamud serta Ashaabur-Rassi (kaum Nabi Syu'aib) dan banyak lagi generasi di antara zaman yang tersebut itu (kerana mereka mensyirikkan Allah dan berlaku zalim terhadap utusan-utusanNya).

Masing-masing, telah Kami berikan kepada mereka contoh tauladan yang mendatangkan iktibar (daripada kisah-kisah kemusnahan generasi sebelum mereka) dan masing-masing telah Kami hancurkan sehancur-hancurnya (kerana mereka tidak mahu mengambil pengajaran).

Dan demi sesungguhnya, mereka (yang menentangmu wahai Muhammad) telah melalui bandar (kaum Sodom) yang telah dihujani (dengan) azab yang buruk, maka (mengapa mereka masih berdegil mensyirikkan Kami), tidakkah mereka selalu dapat menyaksikannya? (Mereka tidak fikirkan yang demikian itu satu balasan kufur) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak ingatkan adanya kebangkitan hidup semula (untuk menerima balasan).

Dan apabila mereka melihatmu (wahai Muhammad), mereka hanyalah menjadikanmu ejek-ejekan (sambil berkata), "Inikah orangnya yang diutus oleh Allah sebagai RasulNya? Sebenarnya dia hampir-hampir dapat menyesatkan kami (dari berterusan menyembah) tuhan-tuhan kami), seandainya kami tetap bertahan menyembahnya."

Dan mereka akan mengetahui kelak (akan kesesatan mereka) tatkala azab seksa berada di depan mata mereka.

(Dan Kami akan bertanya) "Siapakah sebenar-benarnya yang sesat jalannya?"

Nampakkah kamu (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya supaya mereka tidak sesat?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? Bagaimana Dia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Dia kehendaki tentulah Dia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah). Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu, kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur.

Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk beristirehat, serta menjadikan siang untuk kamu keluar mencari rezeki.

Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai khabar gembira sebelum kedatangan rahmatNya dan Kami turunkan dari langit itu air hujan yang bersih lagi suci;

Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang tandus, serta memberi minum kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah dan bukti-bukti di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalKu serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia enggan bahkan mereka kufur!

Dan kalau Kami kehendaki, tentulah Kami utuskan dalam tiap-tiap negeri, seorang Rasul pemberi amaran.

Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah Al-Quran menghadapi mereka dengan kesungguhan yang besar dan bersungguh-sungguh.

Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.

Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikan mereka (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan) dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).

(Akan tetapi) mereka (orang-orang musyrik tetap) menyembah benda-benda selain Allah, (sedangkan sembahan-sembahan itu sedikitpun) tidak memberi manfaat kepada mereka (yang menyembahnya) dan tidak pula mendatangkan mudarat kepada mereka (yang tidak menyembahnya) dan orang yang kafir selalu menjadi pembantu (bagi golongannya yang kafir) untuk menderhaka kepada Tuhannya.

Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).

Katakanlah, "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah."

"Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya."

(Dialah) Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Dialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu), "Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!" Mereka bertanya, "Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?" Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.

Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.

Dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya) atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu);

Dan hamba-hamba Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang bodoh yang berkelakuan kurang adab, menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan "salam." (iaitu menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini);

Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri;

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan.

Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk;

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu;

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina.

Dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya,

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak memberikan kesaksian palsu, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang lagha, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan diriya.

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, mereka tidak bersikap seumpama orang-orang yang pekak dan buta.

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

Mereka kekal di dalam syurga; amatlah elok syurga itu sebagai tempat penetapan dan tempat tinggal.

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar), "Tuhanku tidak akan mengendahkanmu sekiranya kamu tidak mahu mengabdikan dirimu kepadaNya; Sesungguhnya kamu telahpun mendustakan Tuhanku; oleh yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan pendustaan kamu itu) bakal menimpa kamu kelak."


صدق الله العلي العظيم

gaza terus menangis

bismillah..

serangan berdarah israel ke atas gaza masuk hari ketiga hari ini. setakat ini lebih 290 saudara kita di gaza syahid, manakala lebih 700 yang lain cedera. 7 kakitangan united nation (unwra) yang bertugas di dalam misi kemanusiaan di sana turut terkorban akibat serangan tersebut.

menurut media, israel laknatullah sudah mula menempatkan kereta-kereta kebal di sempadan gaza untuk menanti signal daripada pihak atasan untuk memulakan serangan atas darat, memburukkan lagi keadaan semasa di sana.

hari kedua serangan menyaksikan universiti Islam dan masjid utama gaza di antara yang menjadi sasaran. walaupun israel mendakwa mereka hanya menyerang pusat operasi hamas, sudah jelas mereka mensasarkan lebih dari itu, dan itulah matlamat mereka - menghapuskan bukan sahaja hamas akan tetapi seluruh gaza!

sementara itu masyarakat global di seluruh dunia - united kingdom, amerika, seluruh tanah arab malah di israel sendiri - terus mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan membantah dan mendesak agar serangan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas gaza dihentikan serta-merta. di lubnan, demonstrasi diadakan di hadapan kedutaan mesir mendesak kerajaan mesir untuk membuka sempadan rafah untuk membenarkan rakyat gaza menerima rawatan dan mendapat perlindungan di sana.



sekatan ke atas gaza masih berterusan - bekalan perubatan, makanan dan sumber tenaga terus disekat, meninggalkan rakyat gaza di dalam keadaan yang paling terdesak. peningkatan angka kematian antara lainnya disumbangkan oleh kekurangan medical supply, kelewatan menerima rawatan dan ketiadaan tempat di hospital-hospital gaza untuk menerima lebih ramai rakyat gaza yang cedera. penutupan sempadan rafah juga turut memburukkan keadaan. media, pasukan perubatan dan diplomat asing turut dilarang melintasi sempadan untuk memasuki dan memberi bantuan kepada gaza.

di saat ini sokongan masyarakat dunia sangat diperlukan untuk menyebelahi gaza. us ketika ini berpihak kepada israel. baik bush mahupun obama, kedua-duanya tidak memperdulikan nasib rakyat gaza ketika ini. mereka sebaliknya menyalahkan hamas sebagai punca serangan dilakukan terhadap gaza, namum mereka sengaja membutakan mata, memekakkan telinga terhadap apa yang dilakukan israel terhadap gaza sebelum ini - menyekat kemasukan sumber tenaga, makanan dan medical supply terhadap gaza - yang memaksa hamas untuk 'melakukan sesuatu'. un hanya sekadar menyatakan bantahan, namun masih tiada sebarang tindakan secara langsung dilakukan ke atas israel bagi menghentikan tindakan keji mereka. presiden palestin sendiri tidak mampu melakukan apa-apa selain terus menyalahkan hamas di atas apa yang berlaku.

di saat umat Islam gaza tidak mampu bertindak balas, umat Islam di serata dunia perlu bertindak dan terus menyatakan bantahan secara lantang dan jelas terhadap israel. berhenti menyokong mereka - boikot semua produk israel setakat yang mampu. teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah, semoga rakyat gaza diberikan ketabahan dan kekuatan untuk melalui kesengsaraan yang menimpa mereka, semoga Allah menurunkan tentera-tentera langit untuk membantu pejuang-pejuang Islam di gaza yang berada di dalam keadaan serba kekurangan untuk menghancurkan israel dan merahmati para syuhada yang syahid di jalanNya.

semoga israel dikalahkan dengan kekalahan yang memalukan. semoga Allah menurunkan bala dan azab yang pedih ke atas israel. semoga Allah menghancurkan negara haram israel!

we should stand for our brothers and sisters! pray hard for them, and may Allah destroys israel and their supporters!


latest news update from AJE



Gaza braces for all-out war

Israeli forces have been massing on the border of the Gaza Strip as warplanes and helicopter gunships continue to pound the territory.

In the latest attacks overnight, Israeli aircraft bombed the Islamic university and a government compound in Gaza City.

Almost 300 Palestinians have been killed since Israel began the offensive on Saturday.

The ministry of health in Gaza has said that about five per cent of the dead were children, while the UN relief and works agency said figures gathered from local medics showed that 51 civilians have been killed.

A 14-month-old child, two women and a man were killed in an attack on the Jebaliya refugee camp near Gaza City late on Sunday, Palestinian medics said.

Tzipi Livni, the Israeli foreign minister, told the US media that Israel was only targeting Hamas and other armed Palestinian groups.

"Unfortunately in a war ... sometimes also civilians pay the price," she said.

She also told NBC's Meet The Press: "Our goal is not to reoccupy Gaza Strip."

Military build-up

However, with hundreds of troops and tanks being deployed along the edge of the territory there were growing fears that the offensive could escalate.

"The indications here on the ground are certainly that the build-up is there, that the preparations are there for a ground offensive," Al Jazeera's Hoda Abdel Hamid, reporting from Izmit in Israel, said.

The Israeli cabinet approved the call-up of 6,500 military reservists and Ehud Barak, Israel's defence minister, has warned that the air raids could be followed by a ground offensive.

"If it's necessary to deploy ground forces to defend our citizens, we will do so," Barak's spokesman quoted him as saying.

Earlier on Sunday, Israeli aircraft bombed the length of the Gaza-Egypt border, taking out tunnels used to smuggle in vital goods to the besieged strip.

Dozens of tunnels are said to criss-cross between southern Gaza and Egypt's Sinai desert, providing a lifeline to residents who are starved of basic supplies due to an 18-month-long Israeli blockade.

Avital Leibovitch, an Israeli army spokeswoman, said: "The air force just attacked over 40 tunnels found on the Gaza side of the border.

"We believe [they] were used for smuggling weapons, explosives and sometimes people," she said. "The pilots notified direct hits on these targets."

'Devastating blow'

Ayman Mohyeldin, Al Jazeera's correspondent in Rafah, a town split in half by the border, said at least one person died and 42 others were injured in the attacks on the tunnels.

"It's certainly a devastating blow to the civilian population in Gaza," he said, adding that speculation the tunnels might be hit had already caused the price of fuel and other goods to soar.

Palestinians attempting to flee the Israeli bombardment managed to breach the border fence with Israel, prompting clashes with security forces during which at least one person was killed.

Tensions at the crossing with Egypt, bypassing Israel, had risen during the day, with Egypt blaming Hamas for not letting wounded Palestinians through and Hamas asking for medical aid to be handed over.

Israel said it began its aerial assault on Gaza in response to rocket attacks launched by Hamas fighters into the south of the country.

A six-month truce between Israel and Hamas in the Gaza Strip ended on December 19.

* * * * *
hidup gaza! hidup Islam!

jahanam israel! celaka israel! la3natullahi 3alaikum!

bangunlah wahai umat Islam, suarakan sensitiviti kita! dan doakan kesejahteraan saudara kita di sana..


ALLAHU AKBAR!!