Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

monolog hati


pohonan zaitun terliuk lentuk, segar mewangi
angin fajar bertiup lembut menyegar dinihari
kicipan burung-burung riuh bertasbih, memuji Rabbi

di sini aku tegak berdiri
mencari destinasi
otakku ligat memikir, ke mana harus kutujui
lantas kuhayunkan longlai langkah kaki
perlahan, menyusuri lorong kosong tidak berpenghuni
sepi

kudongakkan kepalaku menghadap langit Ilahi
yang Maha Tinggi
mataku sayu menatap mendung mega pagi
yang seakan memahami resah diri ini

tanpa kusedari
setitis air jernih jatuh mengalir di pipi
kelopak mata yang tadinya bergenang penuh, tertumpah kini
langkahku terhenti
sebak hati tak tertanggung lagi

kubiarkan alam menjadi saksi
kukongsi derita hati bersama embun pagi
kuluah kekosongan jiwa di hadapan rabbul izzati
kuakui akan lemahnya diri

aku hanyalah hamba disisiMu ya Rabbi
menagih cinta dan kasih sayangMu yang tidak berbelah bagi
sebuah cinta agung antara seorang hamba dengan pemilik nyawanya yang hakiki
namun aku tidak selamanya suci
ada masa aku teguh berdiri
ada masa aku kecundang tersembam ke bumi

di saat itu Engkau hadir menghulurkan tangan, membantuku berdiri
ada kalanya kusambut, ada kalanya tidak kupeduli
dan di saat itu, Engkau berlalu pergi
meninggalkan aku yang berterusan menyesali
kebodohan diri
kini terkial-kial mencari
merayu dan mengharap agar Engkau kembali

kutadahkan tangan memohon doa
agar dikuatkan jiwa
melawan nasfu dan noda
yang seringkali memandu manusia
gila

kupanjatkan tangan mohon perlindungan
agar diselamatkan akidah dan iman
supaya tidak tersesat jalan
supaya selamat di dunia dan di hari kemudian

selamatkanlah aku ya Allah, dari fitnah dunia yang menipu
ampunilah dosaku ya Allah, janganlah Engkau murkai aku
bantulah aku ya Allah, untuk melepasi halangan dan ujianMu

hanya padaMu aku sembah, hanya padaMu aku berserah,
hanya padaMu jua aku memohon pertolongan..

ectopic

bismillah..

lupekan post semalam.. hari ni saya nak berkongsi sket apa yang saya dapat di hari terakhir dawam saya di mustasyfa ameera badee3ah lil amradh annisaiyyeh wa jarahatuha. sekarang ni saya sedang menjalani rotation obs & gyn.. dawamnya rileks, setiap hari kejenye amik history amik history amik history, then ikut doktor jumpa patient atau bincang kes, abes dalam pukul 11 gitu.. then g jamiah pulak untuk lecture sampai pukul 2.30 pm.. gitulah tiap-tiap hari selama 2 minggu ni. next week kat hospital askar plak so tataulah ape yang menanti saya dan jep di sana..

pagi tadi kiteorg round bersama sorang obstetrician, tapi tak ingatlah sape name dia.. takde kes pun yang kiteorang bincang hari ni, cume dengar dia syarah tentang ovarian neoplasm dan bende-bende yang seangkatan dengannya.. sebelum bersurai doktor tu berkongsilah satu cerita.. pengalaman dia dulu-dulu masa sambut sorang baby ni, tapi membesar di luar rahim..

2-3 tahun yang lepas, sorang ibu telah datang berjumpa doktor ni untuk buat pemeriksaan sama ada dia mengandung atau tak.. so macam biasa makcik ni tadi akan melalui rutin biasa di wad obs iaitulah check darah, air kencing, buat ultrasound etc.. check punya check rupa-rupanya makcik ni datang dengan diagnosis yang sangat pelik - atypical ectopic pregnancy, atau dalam bahasa melayunya kandungan luar rahim yang luar biasa. (ectopic tu sendiri dah atypical, ni atypical ectopic.. double atypical or aaaaatypical! :) ) kalau bende ni berlaku kat us atau uk saya mungkin tak heran, tapi bila berlaku kat jordan dan diuruskan oleh doktor saya sendiri mestilah saya excited nak dengar sampai habis~

dalam kebanyakan kes, kebarangkalian untuk janin survive di luar rahim adalah sangat tipis, boleh kata hampir ke tahap mustahil, sebab satu-satunya tempat yang memang direkacipta khas dalam badan setiap wanita untuk mengandungkan anaknya hanyelah di dalam organ yang bernama rahim. kat tempat lain, kalau ikut sunnatullah memang tak jadi. sama ada dia akan gugur sendiri (sebab tak dapat bekalan darah yang cukup), atau akan pecah dan menyebabkan pendarah teruk kepada si ibu (dalam kes embryo terimplan dekat salur tiub fallopio yang nipis itu, sebagai contoh), ataupun menyebabkan masalah-masalah lain yang mengundang bahaya kepada si ibu. sehingga ke hari ni tak banyak janin yang melepasi tahap age of viability iaitu minggu ke 24 di mana baby tu sudah bernyawa.

tapi, dalam kes makcik ni special sket.. ovum yang telah disenyawekan dengan sperm si bapa tadi entah macammana terkeluar dari tiub fallopio tu, then tros bergerak terawang-awang dalam peritoneal cavity dan kemudiannya terimplan secara semulajadi dekat serosal layer of the uterus, kat bahagian atas fundus uterus tersebut, di luar rahim.. dan kandungan tu terus berkembang dan membesar secara normal tanpa sebarang masalah walaupun duduk sebelah menyebelah dengan mak die punya usus, hati, perut dan sebagainya..

doktor tu citer, masa dia 1st time tengok baby tu by ultrasound memang dia terkejut.. puas digodek-godeknya perut makcik tu dengan probe ultrasound tu takut tersilap tapi nampaknya die tidak.. baby tu hidup, dalam keadaan yang baik, dengan placentanya melekat di atas rahim si ibu tadi (fundus of the uterus tadi) tapi kat bahagian luarlah, which is very atypical sebab keadaan baby dan placenta berada dlm keadaan yg baik seperti kehamilan normal. rahim dia pulak maintain pada saiz yang asal sebab xde baby di dalamnye..

somehow, takde satu pun obstetrician kat hospital tu mencadangkan supaya baby tadi digugurkan.. yelah, komplikasi kandungan luar rahim selalunya boleh mengancam nyawa si ibu maka pengguguran bayi atau janin tersebut mungkin adalah cara terbaik untuk mengelakkan sebarang kesan buruk kepada si ibu tadi.. walaubagaimanapun doktor tadi bersama team obstetrician dia yang lain decide untuk tunggu dan lihat.. jadi je ape-ape, dorang akan trus operate untuk tamatkan proses kehamilan tersebut dan gugurkan fetus yang semakin hari semakin besar tu..

hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan.. maka semakin hampirlah baby tadi ke bulan kehamilan yang ke 9.. baby dan ibu berada dalam keadaan baik, cuma si ibu mengalami simptom seperti sakit di bahagian perut dan sebagainya.. biaselah, dah name pun atypical kan.. so bila da dekat-dekat full term tu doktor pun tak tunggu lama, agak-agak bila peparu baby dah matang dan boleh berfungsi dengan baik, masuk minggu 37-38 camtu dorang keluarkan baby tu menerusi kaedah cesarean section.

alhamdulillah, outcome dia bagus, baby perempuan dengan berat lebih kurang 3 kilo sumthing, sihat dan dah besar pun sekarang.. mak dia juga stable, tapi lepas baby dia keluar doktor terpaksa buat subtotal hysterectomy (buang rahim) sebab placenta or uri baby tadi da melekat dekat fundus of the uterus tu so tak bolelah nak cabut camtu je untuk elakkan pendarahan. lagipun makcik tu da already ade 3 orang anak so xpelah korbankan jelah rahim tu asalkan anak dia dan dia selamat. orang arab kata 'balash'la.. bila da sihat, makcik tu pun kemudiannya didischarge dari hospital dan hidup aman damai bersama baby barunya yang 'tersangatlah istimewa'..

sepanjang kehamilan tu rahim die memang stay sebagai pelvic organ, berat pun sekitar 500 gram selepas operation dijalankan. biasenya berat uterus post-partum bole mencapai 1kg untuk menampung baby di dalamnya, tp slowly akan kembali ke saiz asal seperti sebelum kehamilan dalam tempoh 1-2 bulan lebih kurang..

doktor tu pulak, bile da abes je kes tu, tros tulis artikel dan submitkan ke pan-arab medical journal untuk disiarkan.. makcik tu susah-susah mengandung, doktor dapat name.. :)

anyway, tu yang doktor tu citer r.. kalu die tipu saya pun tipu gak la..

apepun, saya tetap kagum dan tak pernah jangka pun masih ada juga kes ectopic pregnancy yang 'berjaya' mcm kes ni.. subhanalkhaliq.. tak tergambar rasanya betapa hebatnya Tuhan kita menguasai dan mentadbir segenap alam ni..

maka benarlah firman Allah, apabila dikatakan jadilah, maka jadilah..


subhanallaha wabihamdihi.. subhanallah al-azim.. setinggi pujian buatMu..

mencari damai yang hilang

bismillah..

sudah dua hari irbid bermandikan hujan setelah sekian lama ia gersang menantikan turunnya rahmat dari langit.. cuaca yang dingin berserta udara segar pagi ni alhamdulillah sedikit sebanyak mendamaikan jiwa yang semakin berkecamuk memandangkan clinical exam sudah semakin hampir.. 3ala kulli hal, setinggi pujian dan kesyukuran sama-sama kita panjatkan kepada Ilahi di atas kurniaanNya yang tidak putus-putus..

di pagi jumaat yang mulia ni, saya sebenarnya tidak berniat pun untuk menulis panjang, sekadar mencuri seminit dua (ye ke seminit dua?) untuk berkongsi sedikit mengenai apa yang terbuku di hati..

alhamdulillah, setakat ini 3 rakan sebatch telahpun selamat ke jinjang pelamin.. (untuk kali yang pertama, tataulah kot2 ade yang nak ke jinjang pelamin sekali lagi ~ops!) terasa bahagia pula bila melihat seorang demi seorang sahabat saya menyahut seruan sunnah untuk mendirikan rumah tangga.. doa saya, semoga mereka semua kekal bahagia sehingga disatukan semula di syurga nanti insyaAllah..

erm, saya buat masa ni masih belum nampak jalan lagi.. jauh lagi kot.. jauuuhh lagi.. walaubagaimanapun, perancangan tetap ada.. bila dan siapa saya serahkan kepada Allah yang lebih arif merancang.. :)

ramai orang kata, "alah watpelah kawen awal2? tym ni r kite nak enjoy dulu.. nanti da kawen masing2 melekat kat umah je.."

hmm betullah tu.. masa bujang ni memang merupakan satu masa yang mana kita syabab-syabab ni berpeluang untuk buat apa sahaja yang disifatkan sebagai 'adventure', benda-benda yang kita boleh buat dengan kawan-kawan tapi bukan dengan buah hati mahupun anak-anak kita.. ape-apelah, you name it..

tapi.. tu pun kalau kita ada kawan ataupun geng yang sekepala dengan kitalah..

kadang-kadang saya tak nafikan seolah-olah saya kurang memanfaatkan peluang 'masa bujang' saya seefektif mungkin. orang kata, masa bujang ni masa kita nak enjoy dengan kawan-kawan, buat benda-benda yang kita xleh atau susah nak buat bile kita dah kawen nanti..

tapi entahlah.. saya tak rasa enjoy sangat pun hidup bujang ni.. most of the time saya rasa macam hidup sorang-sorang je, hidup dalam dunia sendiri.. saya tak banyak persamaan dari segi interest, hobi etc dengan orang-orang di sekeliling saya.. banyak sebab.. mungkin saya xpandai bersosial, xpandai bercampur gaul dengan orang.. mungkin saya xpandai nak create topic yang menarik untuk disembang-sembangkan dengan kawan-kawan saya.. mungkin juga behaviour saya terhadap mereka kurang menyenangkan.. mungkin..

that's why kadang-kadang, nak saya terasa nak g shopping ke, makan ke, saya prefer pergi sendiri.. terasa janggal nak ajak kawan-kawan, apetah lagi 'hadeq-hadeq' untuk meneman.. (lol, fyi saya xde adek ye kat sini ye.. sekian~)

so disebabkan saya ni kuat berangan, sometimes i think alangkah bahagianya kalau sekarang ni saya mempunyai 'seseorang' di sisi.. seseorang yang menjadi tempat saya berkongsi keceriaan tatkala saya gembira, seseorang yang menjadi tempat saya berkongsi masalah tatkala saya hampa, seseorang yang menjadi tempat saya berkongsi kasih sayang tatkala saya bahagia.. seseorang yang mengisi kekosongan di dalam hati tatkala saya sunyi..

namun perkahwinan is all about responsibility.. tanggungjawab..

bersediakah saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami ketika ini? sejauh mana matangnya saya untuk mengharungi mihnah dan tribulasi rumahtangga (wah ayat) yang pastinya menguji kesabaran dan iman? sejauh mana tingginya ilmu saya untuk membimbing isteri dan anak-anak saya ke arah jalan yang diredhai?

hmm saya tak pasti.. tapi yang pasti, saya masih perlu banyak belajar dan memperbaiki diri untuk ke arah itu..

buat masa ini kawan-kawan sayalah tempat saya berkongsi kegembiraan dan kesedihan.. hilang mereka, sunyilah saya.. famili pula jauh di mata walaupun sentiasa dekat di hati.. kehadiran mereka sedikit sebanyak mengubat kesunyian di hati ini..

namun, tiada apa yang lebih membahagiakan jiwa sekiranya kita mempunyai kebergantungan yang tinggi dan erat dengan Maha Pencipta.. biarpun kita disisih dunia, namun kita sentiasa dekat padaNya.. tanpaNya, apalah ertinya hidup kita di dunia ini..

semoga Allah sentiasa mengurniakan kebahagiaan dan kegembiraan di dalam hidup kita semua, walaupun di kala kita menghadapi kesusahan.. semoga ikatan kekeluargaan mahupun ukhuwah yang kita jalinkan sesama rakan taulan menjadi semakin erat dan kukuh, kerana Allah..

saya juga akan senantiasa menantikan kehadiran teman hidup yang bakal sama-sama mengharungi perit jerih kehidupan bersama saya sehingga ke hujung usia.. semoga kami disatukan dengan ikatan keimanan yang tidak berbelah bahagi kepada Tuhan pemilik sekelian alam, dikurniakan cahaya-cahaya mata yang soleh dan solehah, dan disatukan semula di dalam syurga Allah suatu ketika nanti, insyaAllah..

"rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina quwwata a3yun, waj3alna lilmuttaqina imama.."


p/s: wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekelian, berdoalah agar saya dan rakan-rakan seperjuangan - baik dari tahun 1 sampailah tahun 6, pengajian syariah, medic mahupun dentistry - berjaya dengan cemerlang di dalam imtihan yang bakal kami lalui tidak lama lagi..

bayti jannati

bismillah..

1. rumah yang merupekan tempat berlindung bagi manusia dari hujan dan panas seharusnye menjadi satu tempat yang dapat memberikan setiap hati dan jiwa yang berteduh di bawahnye ketenangan dan keselesaan.

2. rumah yang selesa bukan sahaja menyenangkan hati penghuninye malah tetamunya juga.

3. aspek penjagaan kebersihan dan kekemasan kediaman dan tempat tinggal menjadi sebegitu penting sehingga turut diajar di sekolah, sekirenye anda semua masih ingat lagi pade suatu ketike dahulu. (carik sendiri subjek ape).

4. walaubagaimanapun, aspek ini nampaknye diabaikan begitu sahaja oleh kebanyakan orang, terutamanya lelaki bujang.

5. tandas dan dapur yang bersepah, pinggan mangkuk yang bertimbun tidak berbasuh di sinki, sampah yang menggunung tidak dibuang berminggu2 berserta langau dan lalat berterbangan, ruang tamu tunggang langgang dengan hamparan kertas dan habuk bertebaran di sane sini.. suasane seumpame ini benar2 menyesakkan mata bagi mereka2 yang xsukekan perkare2 sebegini (seperti saye sebagai contoh).

6. tidak ramai yang peduli untuk melihat kediaman mereka bersih dan selesa. ape yang penting, mereka boleh tidur nyenyak dlm bilik mereka, mereka boleh bermain game dan melayan movie dgn komputer mereka yang canggih manggih, mereka juge boleh mandi, b***k dan k*****g (walaupun dalam bilik air yang kotor.. alah biarlah bilik air kotorpun bukannye kite nak tidur dalam tu pun ye dak?).. mereka juge xkesah dengan kebersihan rumah secare menyeluruh asalkan mereka dapat makan dan perut mereka kenyang itu sudah memadai.. pedulilah dengan perkakas dapur yang mereka da gunekan.. sape nak gune lepas tu basuhlah sendiri, ape susah kan?

7. tanpe disedari bibit2 sikap pentingkan diri sendiri mule berputik di dalam diri masing2. semua orang sudah mula tidak kisah dengan hati dan perasaan orang lain.

8. ape yang mereka pentingkan seperti yang saye katekan tadi, asalkan mereka boleh tidur selesa, perut mereka kenyang, dapat buat ape yang mereka suke (gaming, tgk movie puas2) hatipun jadi senang.. pedulikanlah dengan kebersihan rumah tu.. sape nak kesah?

9. mari kite fikir sejenak.

10. kite claim Islam menuntut umatnye menjage kebersihan.. 'an-nazofatu minal iman'lah (perumpamaan paling popular yang selalu kite dengar, tapi saye xkate dan xpasti ini hadith soheh), Allah suke orang orang2 yang bersih lah, ape2lah.. tapi kite jarang praktikkan.

11. kadang2 pegi sembahyang pun pakaian entah bersih entah tidak.. bersih ya3ni suci dari najis dan perkare2 yang boleh mendatangkan ketidakselesaan kepade jemaah lain (kalu sembahyang berjemaah kt masjid la), contohnye trus sahaja bersolat dengan baju yang basah berpeluh dan berbau 'wangi' selepas bermain bola sepak..

12. solatnye insyaAllah sah, namun bagaimana dengan perasaan jemaah di sebelahnye?

13. perlu kite ingatkan kebersihan ini bukan sahaja untuk diri kite namun untuk orang lain juga.

14. sekirenye kite enggan menjage kebersihan ia secare tidak langsung turut mengganggu kehidupan orang2 yang tinggal di sekeliling kita.

15. janganlah kite mengharap 'alah nanti kalu aku kawen pandai2lah isteri aku kemas rumah segale..'

16. bagi saye ini adelah satu contoh suami dan ayah yang mementingkan diri sendiri. (apekah apebile anda mengahwini seorang wanita anda tidak perlu membantunye dalam menguruskan hal ehwal rumah tangge selain daripada memberi nafkah?)

17. jika dilihat jauh sedikit, apekah juge persepsi masyarakat bukan Islam yang mungkin akan datang berkunjung ke rumah, melihat suasane rumah masyarakat Muslim yang mendakwe agama mereka agama terbaik, mengajar erti kebersihan segale, namun tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian? cube fikir sejenak.

18. sewaktu saye di kenya dulu, memang terdapat perbezaan ketare di antara kawasan yang populasinye ramai Muslim dgn kawasan yang ramai orang kristian. antare satu aspek ketare yang boleh diperhatikan adelah aspek kebersihan.

19. pahit untuk ditelan, namun realitinye, masyarakat Islam kurang dari segi aspek menjage kebersihan.

20. kesimpulannye, antum fikirlah sendiri. saye malas nak ulas panjang2.. semua orang rasenye boleh faham ape yang hendak saye sampaikan. xperlu saye beri lagi 1001 contoh dan misal namun xde istifadah yang diambil.

21. ape yang penting, niatlah menjage kebersihan tu kerane Allah dan nak tegakkan syiar Islam, nak jage name baik Islam di mate masyarakat bukan Islam (kate kite umat contoh.. buktikan). bukan kerane saye atau pun sebab2 lain (takut dilabel pengotor ke misal kate).

22. semoge setiap amal kebaikan yang kite lakukan diberkati Allah SWT.

waLlahua3lam.

p/s: entry ini telah diedit semula untuk tatapan umum. yang baik amik pengajaran, yang xbaik abaikan saje.