live coverage: karisma '08, day II

bismillah..

updated: jumaat, 11 pm

"disaster!".. begitulah luahan hati salah seorang ketua pasukan irbid setelah melihat kekalahan demi kekalahan kontinjen tuan rumah di dalam kebanyakan acara petang tadi.. walaupun kontinjen irbid beraksi dengan baik dalam acara balapan pada sebelah pagi, mereka nampaknya gagal meneruskan kegemilangan setelah gagal mengutip sebarang pingat emas dalam perlawanan akhir untuk acara bola sepak, bola tampar dan tarik tali.. kekecewaan jelas terpancar di wajah setiap pemain kontinjen tuan rumah, namun apakan daya nasib tidak menyebelahi.. pasrah sajor..

pada masa yang sama, kontinjen mutah pula semakin menunjukkan taring mereka yang sebenar apabila muncul juara keseluruhan bagi liga bola sepak piala duta dengan kelebihan penalti 5 gol berbanding mafraq 4 gol.. mereka juga turut menjuarai kejohanan bola tampar piala menteri negeri sembilan setelah berjaya menumpaskan kontinjen irbid dengan keputusan 25-15, 25-20.. prestasi mereka di dalam acara olahraga juga turut dikagumi kontinjen2 lain apabila mereka turut mengutip 4 emas, 2 perak dan 3 gangsa..

prestasi kontinjen mafraq pada hari kedua karnival ini tidak kurang hebatnya.. walaupun performance mereka di dalam acara olahraga dan kejohanan bola tampar piala menteri negeri sembilan agak hambar, kontinjen mafraq menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan di dalam kejohanan bola sepak piala duta apabila berjaya melayakkan diri di dalam perlawanan akhir untuk berdepan dengan mutah.. kekurangan 1 gol penalti menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati untuk berada di tempat kedua..

kontinjen amman juga turut mengejutkan semua apabila muncul juara bagi acara tarik tali setelah berjaya menumpaskan kontinjen irbid pada perlawanan saringan dan kontinjen mutah pada perlawanan akhir.. tempat ketiga disandang oleh kontinjen mafraq yang sekali lagi menjatuhkan air muka kontinjen tuan rumah, meletakkan mereka di tangga tercorot bagi acara tersebut..

walaubagaimanapun, itulah namanya adat bertanding.. ade yang menang, ade juge yang kalah.. jutaan syabas buat yang berjaya.. bagi yang kurang bernasib baik, cuba lagi di masa hadapan.. (ayat skema) in summary, keputusan acara bola sepak, bola tampar dan tarik tali adalah seperti berikut:

Acara

Juara

Naib Juara

Ketiga

Liga Bola Sepak Piala Duta 2008

Mutah A

Mafraq B

Mafraq A

Kejohanan Bola Tampar Piala Menteri Negeri Sembilan

Mutah

Irbid

N/A

Tarik tali

Amman

Mutah

Mafraq

*perlawanan tempat ketiga dan ke-4 bagi acara bola tampar ditangguhkan esok.

sasaran hari kedua kontinjen tuan rumah yang tidak kesampaian..

liga bola sepak piala duta.. penuh kontroversi~

kejohanan bola tampar piala menteri negeri sembilan.. perlawanan akhir antara irbid dan mutah

acara tarik tali.. amman mengungguli acara, membolehkan mereka memperoleh emas sulung pertama mereka hari ini.. jadilah~ :)

selingan.. just yg da mule menguning katenye..

ydp bkans sdr adam menyampaikan piala pusingan kejohanan bola tampar piala menteri negeri sembilan kepada juara.. syabas!

petang tadi juga menyaksikan perlawanan persahabatan di antara pegawai2 kedutaan dan msd bersama penuntut2 malaysia di jordan.. perlawanan yang menarik itu diserikan lagi dengan penglibatan duta malaysia ke amman, tyt datuk hasnuddin hamzah.. kehebatan tuan duta menjaga pertahanan pasukan 'officer' telah berjaya menghalang kemaraan pasukan 'student' sehingge menyebabkan yaser jatuh tergolek2 (lol).. perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 1-0.. officer menang! cayalah~

bagi kebanyakan acara lelaki, secara kasarnya persaingan yang ketara dapat dilihat di antara kontinjen irbid dan mutah dalam merebut gelaran juara keseluruhan.. (bagaimana pula kisahnya bagi pihak wanita xdapat saye pastikan..) walaupun sesetengah pihak berpendapat kontinjen tuan rumah mempunyai kelebihan dalam acara akademik, kekuatan kontinjen mantiqah lain dalam acara lain tidak wajar dipandah rendah.. jelas sekali setiap mantiqah mempunyai kekuatan dan kelemahan masing2.. sungguhpun begitu, masih terlalu awal untuk membuat andaian bagi menentukan mantiqah terbaik untuk karisma kali ini memandangkan masih terdapat beberapa acara lagi yang akan dilangsungkan pagi esok..

bagi mereka yang masih terlibat dengan acara esok, selamat maju jaya saya ucapkan!

untuk agenda hari ketiga karisma '08, based on tentatif yg diterime (tataula kalu depa tukar lagi kali ni) acara kuiz pengetahuan am, khaligrafi (bertempat di universiti yarmouk) dan nasyid (bertempat di dewan nadi al-muallimin) akan dijalankan mulai jam 8 sehingga 10.30 pagi.. perlawanan tempat ketiga dan ke-4 bagi kejohanan bola tampar piala menteri negeri sembilan juga akan dijalankan pagi esok setelah ditunda akibat kesuntukan masa.. agenda seterusnya diteruskan dengan majlis penutup karnival sukan, akademik dan budaya 2008..

updated
: jumaat, 1.30 pm

berikut adalah keputusan untuk acara balapan lelaki yang berlangsung di stadium jordan university of science & technology pagi tadi:

Acara

Juara

Naib Juara

Ketiga

100m

Mutah

Irbid

Irbid

200m

Irbid

Irbid

Mutah

400m

Irbid

Irbid

Mutah

1500m

Mutah

Irbid

Irbid

4 x 100m

Irbid

Mutah

Irbid

4 x 200m

Mutah

Irbid

Mafraq

4 x 400m

Irbid

Irbid

Mutah

Lompat jauh

Mafraq

Irbid

Mutah

Lompat tinggi

Mutah

Mutah

Mafraq


rekod
- lompat tinggi: saudara baihaqi (mutah) - 1.53 meter.
- lompat jauh: firdaus abdullah (mafraq) - 4.81 meter.
- untuk acara balapan tiada sebarang catatan masa direkodkan.. (saye pun xtau ape yg dorang buat mase tu)

petang ini karisma '08 diteruskan lagi dengan cabaran bola sepak piala duta, perlawanan akhir bola tampar, acara tarik tali dan perlawanan bola sepak persahabatan di antara team 'officer' (terdiri drpd pegawai2 kedutaan malaysia & msd) dan team 'student' (penuntut malaysia jordan).

updated: jumaat, 12.30 pm

ketika ini semua peserta lelaki bagi acara sukan sedang berhenti rehat dan bersedia untuk solat jumaat dan makan tengahari sebelum acara disambung semula kira2 jam 2 petang nanti..

acara bola tampar lelaki bermula pagi tadi dengan perlawanan saringan berkonsep liga.. 4 kumpulan terlibat, namun hanya 2 kumpulan bakal bertemu di perlawanan akhir petang ini.. menurut sumber tidak rasmi, kontinjen irbid dan mutah mendahului kebanyakan perlawanan dan dijangka bertemu di peringkat akhir sekiranya berjaya mengekalkan konsistensi persembahan mereka.. selepas solat jumaat nanti, acara bola tampar akan disambung semula sebelum bergerak ke perlawanan akhir sejurus selepas itu..

pada masa yang sama, acara balapan lelaki menyaksikan pertandingan yang cukup2 sengit, dengan kontinjen irbid dan mutah mendahului kebanyakan acara.. di antara atlit yang disebut2 ramai termasuklah ydp bkasj, saudara sabran jamil yang mewakili kontinjen mafraq yang terkenal dengan kepantasan beliau di atas trek.. kontinjen irbid juga turut membariskan barisan atlit yang tidak kurang hebatnya.. mukhlis, faisal arshad dan hazim hashim di antara tunjang utama tuan rumah untuk sasaran emas dalam acara balapan ini..

kesemua acara balapan telahpun tamat kira2 pukul 12 tghr tadi.. keputusan penuh bagi acara balapan setakat ini masih belum diperolehi, namun irbid katenye telahpun memenangi 4 pingat emas bagi acara 200m, 400m, 4x100m dan 4x400m.. mutah juga memperolehi 4 emas manakala mafraq 1.. keputusan penuh akan diketahui sebentar lagi..


updated: jumaat, 9 am


karisma '08 memulakan cabaran hari keduanya pagi ini.. bagi pihak syabab, acara sukan seperti bola tampar, acara balapan, lompat tinggi dan lompat jauh sedang berlangsung di stadium dan gymnasium just.. perlawanan liga bola sepak piala duta juga diteruskan hari ini bagi meneruskan pencarian 2 pasukan terbaik yang bakal berentap pada perlawanan akhir petang ini.. acara tarik tali juga turut dijadualkan berlangsung petang nanti..

setakat ini the jordan post masih lagi menanti maklum balas daripada wartawan2 lokasi yang bertugas.. keputusan penuh bagi acara sukan syabab insyaAllah akan diperolehi tengahari ini, manakala keputusan penuh bagi acara bola sepak akan diumumkan sebaik sahaja liga piala duta 2008 selesai..

pihak akhawat pada ketika ini meneruskan cabaran hari kedua karisma '08 bagi acara sukan seperti badminton, ping pong, bola tampar dan bola jaring di madinah hassan, irbid.. perlawanan dijangka berakhir petang ini..

live coverage: karisma '08, day I

bismillah..

updated: thursday, 6.30 pm

gambar sekitar hari pertama karisma '08..

penyokong tuan rumah..

kontinjen irbid untuk acara akademik; nur halim ahmad (deklamasi sajak) dan muhammad rifaie omar (pidato inggeris) bersama 'yang arif tun' naqib sulaiman (hakim utk acara deklamasi sajak n_n)

acara deklamasi sajak oleh saudara nur halim ahmad, mewakili irbid.

mr president permai ustaz a mohd rahmat mewakili irbid bagi acara badminton.. biarpun gagal membawa pulang pingat emas, beliau kelihatan sangat riang dan gembira seperti kebiasaan.. :) and yang kat sebelah die tu plak abg syuk, vokalis nasyid mafraq.. suare die sedaaap~ ;)

mendebarkan.. pertembungan antara irbid dan mutah, kot?

go go mando! mando atau nama sebenarnye muhammad nazirul md yusof mewakili irbid bagi acara ping pong.

barisan penyokong yang hadir (ramai yang invi.. apekah? lol)

fakta menarik:
- pidato bahasa arab wanita menyaksikan penyertaan pemidato termuda, adik shahira, puteri sulung ustaz mujahid yang berusia 8 tahun (kot?).. pidato beliau boleh dilihat di sini. (malu beb kalu yang beso2 ni xjoin okie~)
- pidato bahasa arab syabab hanya disertai oleh 2 orang pemidato sahaja daripada 5 yang berdaftar..
- salah seorang daripada hakim pidato bahasa inggeris syabab semalam (juge merupakan pelajar kuliah syariah) turut menjadi tukang masak untuk hari pertama karnival.. versatile katenye :p

updated: thursday, 5.45 pm

perlawanan bola sepak piala duta ketika ini menyaksikan pertembungan sengit di antara kumpulan amman dan mutah A.. setakat ini 2 perlawanan telahpun selesai.. keseluruhan 6 perlawanan dijadualkan berlangsung pada petang ini manakala perlawanan seterusnya akan disambung pada hari kedua karnival..

pertandingan acara ping pong dan badminton juga tidak kurang hebatnye.. presiden permai, ustaz a rahmat mewakili irbid bagi acara badminton.. berikut adalah keputusan penuh acara ping pong dan badminton lelaki yang berlangsung di gymnasium just, sebaik sahaja perlawanan berakhir petang tadi:

Acara

Juara

Naib Juara

Ketiga

ping pong

Mutah

Irbid

Mafraq

badminton

Mutah

Mafraq

Irbid


untuk agenda malam ini, karnival sukan, akademik dan budaya akan terus dimeriahkan dengan acara indoor game seperti chest dan karom pada pukul 9 malam ini..

updated: thursday, 1 pm

berikut adalah keputusan penuh acara balapan 'wanita' yang berlangsung pagi tadi bertempat di stadium just:

Acara

Juara

Naib Juara

Ketiga

100m

Mafraq

Mafraq

Irbid

200m

Irbid

Irbid

Mutah

400m

Mutah

Irbid

Irbid

1500m

Irbid

Irbid

Irbid

4 x 100m

Irbid

Mutah

Irbid

4 x 200m

Irbid

Mutah

Mafraq

4 x 400m

Irbid

Irbid

Mutah

Lompat jauh

Irbid

Mutah

Irbid

Lompat tinggi

Irbid

Mutah

Irbid


pada sebelah petang, acara akademik bagi pihak akhawat akan dijalankan di universiti yarmouk.. antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara pidato, deklamasi sajak, hafazan dan tilawah..

updated: thursday, 11 am

cabaran hari pertama bermula hari ini.. pertandingan awal bagi acara akademik dan sukan karnival sukan, akademik dan budaya 2008 (karisma '08) yang bermula pada 730 pagi tadi berlangsung secara serentak di 2 lokasi berbeza; universiti yarmouk dan jordan university of science & technology (just) dan dijangka tamat pada 1230 tghr..

di antara acara yang mendapat perhatian ramai termasuklah acara pidato umum kategori bahasa inggeris dan arab bertempat di dewan salahudin, just.. setiausaha mppm sesi 07/08 sendiri, sr muhammad aizat amiruddin turut mewakili tuan rumah, irbid bagi acara pidato bahasa arab.. ramai pihak menjangkakan pihak tuan rumah berpotensi utk memenangi acara pidato bagi kedua2 kategori arab dan inggeris, namun itu hanyelah andaian semata.. kita biarkan barisan hakim yang pintar lagi berdedikasi untuk membuat keputusan yang hanya akan diumumkan semasa majlis penutup sabtu ini..

pada masa yang sama, persaingan sengit di antara peserta dapat dilihat melalui acara deklamasi sajak, tilawah al-quran dan hafazan..

bagi acara ping pong dan badminton lelaki, kontinjen mafraq dan mutah dilihat lebih banyak mendominasi kebanyakan perlawanan.. namun masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan memandangkan persaingan yang begitu sengit di antara kontinjen2 bertanding.. keputusan penuh akan diketahui tengahari atau petang ini insyaAllah (amat 3alim~ ;p).. manakala bagi pihak wanita, kebanyakan acara balapan didahului oleh kontinjen irbid.. keputusan rasmi akan menyusul kemudian..

tengahari ini, perlawanan saringan acara bola sepak piala duta akan bermula bertempat di stadium just.. perlawanan berkonsepkan liga ini akan berlangsung selama 2 hari untuk menentukan 2 pasukan terbaik yang bakal beraksi menjelang perlawanan akhir petang esok..

masanya telah tiba!

bismillah..
debaran kian terasa, kehangatan kian membara! malam ini, karisma '08, atau karnival sukan, akademik dan budaya 2008 akan membuka tirainya secara rasmi.. bertemakan 'ekspresi kredibiliti kekuatan mahasiswa', program tahunan perdana anjuran majlis perwakilan mahasiswa jordan (mppm jordan) ini bakal memperlihatkan persaingan sengit di antara perwakilan dari mantiqah2 terlibat - irbid, amman, mafraq dan mu'tah - di dalam acara dan pertandingan yang akan dijalankan..

irbid, mantiqah yang memiliki jumlah penuntut malaysia ter'banyak' di jordan telah dipilih selaku tuan rumah utk karisma kali ini.. dianggarkan seramai 400 orang penuntut bakal terlibat di dalam acara gilang gemilang ini, termasuklah 130 orang perwakilan dari mu'tah, 100 orang perwakilan dari mafraq, manakala selebihnye mewakili pihak tuan rumah sendiri.. (pihak editor masih berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai wakil dari amman)

kami, selaku tuan rumah kali ini dengan berbesar hati dan penuh rase hormat dan rendah diri mengalu2kan ketibaan kontinjen2 dari amman, mafraq dan mu'tah.. ahlan wa sahlan wa marhaban bikum~

ketika ini, irbid masih lagi menanti ketibaan kontinjen2 luar yang dijangka tiba seawal 7 malam ini.. bagi pihak tuan rumah sendiri, persiapan rapi meliputi aspek teknikal, logistik dan penempatan sedang giat dijalankan bagi memastikan kelancaran program yang bermula esok.. pasukan bola sepak, bola tampar, badminton etc juga kelihatan bersemangat waja dan kental membuat persediaan dan latihan terakhir bagi memastikan kemenangan berpihak kepada irbid menjelang perlawanan sebenar jumaat nanti..

berbalik kepada karisma.. program mega mppm seumpama ini sebenarnye telah dirancang buat sekian lama.. namun faktor kewangan dan kekangan masa terlalu banyak mempengaruhi, menyumbang ke arah penangguhan pelaksanaannya dari tahun demi tahun.. setinggi syukur buat Ilahi, barisan kepimpinan mppm sesi 07/08 akhirnya diberi kemudahan, kelapangan dan kekuatan untuk melaksanakannya pada tahun ini.. dengan terealisasinye karisma '08, mppm sudah mula melangkah setapak ke hadapan dalam usaha memperkasakan fungsi dan peranan mahasiswa malaysia di jordan.. dengan berbekalkan sejumlah peruntukan yang cukup2 besar, saya kira ini merupakan suatu 'gamble' yang paling hebat dalam sejarah organisasi persatuan di jordan.. walaubagaimanapun, program sehebat ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya ahli mppm sendiri tidak mahu melibatkan diri..

program ini juge antare lainnye turut menggariskan beberape objektif seperti berikut:

1. merapatkan silaturrahim di antara ahli-ahli mppm.
2. mengisi masa lapang ahli dengan acara dan program yang berfaedah.
3. mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang akademik, sukan dan juga seni yang berunsurkan Islam.
4. meningkatkan penglibatan ahli dengan program mppm.
5. ke arah meningkatkan kredibiliti mppm di mata ahli.

perjalanan karnival sukan, akademik dan budaya 2008 untuk syabab dijadualkan seperti berikut:

pra-pelancaran karisma | rabu, 30 april 2008

majlis pembukaan rasmi dan taklimat peserta karnival sukan, akademik dan budaya 2008
dewan nadi al-muallim, irbid
800 malam

hari pertama | khamis, 1 mei 2008

a. saringan acara ilmiah
lokasi | universiti yarmouk, irbid
masa | 730am - 1230pm
- pertandingan melukis poster
- deklamasi sajak
- pidato bahasa arab
- pidato bahasa inggeris
- tilawah al-quran
- hafazan

b. saringan acara sukan
lokasi | jordan university of science & technology, irbid
masa | 730am - 1230pm
- badminton
- ping pong

masa | 145pm - 630pm
- saringan acara bola sepak piala duta

c. acara indoor
lokasi | bayt nasrul
masa | 9pm - 11pm
- catur
- karom

hari kedua | jumaat, 2 mei 2008

a. saringan acara sukan
lokasi | universiti yarmouk, irbid
masa | 730am - 1030am
- saringan bola tampar

lokasi | jordan university of science & technology
masa | 730am - 1230pm
- acara balapan
- lompat jauh
- lompat tinggi
- saringan acara bola sepak piala duta

masa | 145pm - 650pm
- sambungan acara bola sepak piala duta
- perlawanan persahabatan bola sepak
- tarik tali
- pertandingan akhir acara bola sepak piala duta

b. acara indoor
lokasi | bayt nasrul
masa | 900pm - 1100pm
- catur

hari ketiga | sabtu, 3 mei 2008

lokasi | nadi al-muallimin & universiti yarmouk, irbid
masa | 800am - 1230pm
- nasyid
- kuiz pengetahuan am
- khat
- majlis penutup karnival sukan, akademik & budaya 2008

*tertakluk kepada perubahan. rujuk urusetia untuk maklumat lanjut.

menang kalah adat bertanding.. apa yang lebih utama ialah pertautan ukhuwah di antara kite sesama pelajar melayu Islam di bumi jordan.. semoga karisma kali ini bukan sahaja menjadi gelanggang perlawanan yang sihat di antara setiap peserta bahkan mengeratkan lagi tautan silaturahmi yang sudah sedia terjalin..

doa saya, semoga program ini berjalan dengan lancar dan baik.. semoga Allah merahmati segale usaha yang telah kita lakukan ke arah mencari keberkatan dan rahmatNya di dunia dan akhirat.. amin~


buat yang bertanding, semoga berjaya! may de best win.. Allah ma3akum jamian~

go irbid go!