حتى يغيروا ما بأنفسهم

bismillah..

perubahan terletak di tangan kita, hanya kita yang mampu mengubah masa depan kita sendiri. firman Allah dalam surah ar ra'd, ayat 11..
"sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.."
kita mahukan kehidupan yg lebih baik.. kita mahukan kerajaan yg lebih adil dan telus.. kita mahukan negara yang maju dan bebas drpd korupsi dan penyelewengan.. kita mahukan masa depan yg cemerlang buat generasi kita hari ini.. kita mahukan selamatkan malaysia..

ayuh rakyat malaysia, undilah untuk perubahan! hanya undi anda yang mampu mengubah wajah malaysia yang telah dicomotkan oleh barisan kerajaan korup paling keji yang pernah kite ade hari ini.. selamatkan malaysia drpd terus dicabul oleh mereka..

jadilah pengundi yang adil, letakkan hak pada tempat yang sepatutnya.. teringat pesan cikgu suatu ketike dulu, salah satu petande kiamat ialah apebile ummah dipimpin oleh mereka yang jahil.. xtaulah kalu mate kite masih kabur dgn penyelewengan yg da dibuat selame ni, tp bagi sape2 yang da sedar, tolongla selamatkan negare ni.. jangan biarkan kejahilan memandu kite, jangan biarkan kejahilan terus membuta, memekak dan membisukan kite utk menegakkan keadilan dan kebenaran..

yakinlah, setiap undi anda mampu membawa perubahan.. sekurang2nya anda sudah terlepas drpd ancaman Allah kepade sesiapa yg zalim (bukan jahil) kerana mengundi pemimpin2 yg zalim utk kepentingan diri mereka sendiri..

semoga Allah menyelamatkan kita semua drpd fitnah yg besar ini.. semoga Allah memberi kemenangan kepada mereka yang ikhlas memimpin ummah.. semoga Allah membantu mereka yang berjuang atas namaNya..

dan untuk kesekelian kalinye, undilah untuk perubahan.. undilah untuk perubahan!

demi saye, demi kawan2 saya, demi anak2 anda sekelian.. demi kami, generasi mase depan..


selamat mengundi buat semua rakyat malaysia~