live coverage: karisma '08, day III

siaran tertunda: upacara perasmian penutup karisma 'o8
irbid muncul juara keseluruhan karisma kali pertama! tahniah~

alhamdulillah, setinggi syukur ke hadrat Ilahi.. karnival sukan, akademik dan budaya 2008 anjuran majlis perwakilan pelajar malaysia jordan akhirnya melabuhkan tirai di dalam upacara perasmian penutup penuh gilang gemilang yang telah disempurnakan oleh tyt datuk hasnuddin hamzah, duta malaysia ke amman tengahari tadi, bertempat di dewan nadi al-muallimin, irbid.. walaupun majlis bermula lewat sejam daripada tentatif asal, alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. datuk duta beserta keluarga bersama2 pegawai2 kedutaan dan msd telah hadir ke majlis tersebut..

majlis penyampaian hadiah juga meriah dengan sorakan gembira kontinjen2 bertanding apabila masing2 diumumkan memenangi acara demi acara yang berlangsung sepanjang karnival ini.. kemeriahan berterusan apabila kontinjen tuan rumah, irbid dinobatkan selaku mantiqah terbaik setelah berjaya mengumpulkan mata sebanyak 172, mengatasi jumlah kutipan mata bagi ketige2 mantiqah yang lain.. cume yg kesalnye xde piale pusingan utk juare keseluruhan make pasrah sajor.. :(

majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan pemidato bahasa arab termuda, adik fatimah syahirah binti mujahid yang mendapat tempat kedua bagi acara tersebut, diikuti persembahan nasyid daripada kontinjen mutah yang dinobatkan sebagai kumpulan nasyid terbaik untuk karisma kali ini..

sebelum itu, pertandingan nasyid telahpun berlangsung di lokasi yang sama.. pertandingan yang melibatkan 3 kumpulan nasyid daripada 3 mantiqah - irbid, mutah dan mafraq - bermula agak lewat (sekitar 10 pagi) kerana masalah teknikal dan tamat kira2 jam 11.. setiap kumpulan membawa 2 buah lagu bertemakan ukhuwah islam.. kumpulan nasyid mutah memulakan persembahan pagi tadi, diikuti irbid dan mafraq.. pertandingan diadili oleh sdr amir abdul razak, presiden mppm, sdr azman husin dan pengarah karisma '08, sdr mohammad bin mohsin..

kalu ikut sayela kan, (jangan marah naa) saye prefer lagi persembahan nasyid mafraq yang ternyata lebih menggetar jiwa pendengar2nye.. gandingan vokal, base dan harmoni yang mantap dan dinamik menjadikan persembahan mereka nampak begitu profesional dan kontemporari (ececeh).. malahan saye rase mcm nak menangis bile dengar lagu kedua mereka yang saye pon tatau ape tajuk die tp siyesly mmg sedap.. malahan percussionnye juge best.. mmg td da niat da nak bg standing ovation tp karang org kate saye gile plak sorang2 tepuk tgn berdiri haha.. meybe dorang kurang dr segi penampilan kot.. mengamalkan konsep zuhud katenye.. insyaAllah saye akan ingat persembahan tu sampai bile2.. sayang sangat xmenang juare..

kumpulan nasyid mutah pun best jugak, cume percussion die mase competition tu mcm kureng sket, pastu base die mcm xberape dengar sgt.. vokalis da sedap, cume bile die suke sgt buat style lenggok2 suare tu da jadi mcm lagu sitila plak heheh.. 1st tym dengar mcm ximpress sgt.. tapi kan, entah mcmane bile final tetibe jadi sedap plak.. mungkin sbb dorang import pemain percussion mafraq kot tu yg jadi mcm sedap n masuk je dgn lagu.. meybe.. saye ni bukannye reti sangat nak menilai2 muzik ni.. mcm yg saye ckp sebelum ni, menilai muzik tu suatu yg subjektif.. apepun congratulations atas performance yang mantap!

owh nasyid irbid? best je, tapi dapat no 3.. jadilah~ dorang masuk pun sekadar nak memeriahkan majlsi je :) (dorang xgune percussion tp gune minus one.. yang xtahannye, mase awal2 pertandingan mc da pesan xleh gune minus one yg ade suare latar lambang nak suare natural peserte, 'plastik2' xmain yah.. tp disebabkan minus one dorg mmg ade suare latar so bile part yg ade suare latar tu dorang perlahankan volume jadi konon2nye penonton xdengar.. bajet saye xdengarla? haha kantoi~)

(berita terkini: semasa ditemubual di science hall 2 tengahari tadi, sdr amir abdul razak, salah seorang hakim bagi acara nasyid lelaki berkata, proses pemilihan pemenang dalam acara nasyid semalam bukanlah semata2 berdasarkan kemantapan vokal dan suara tetapi hakim melihat keseluruhan persembahan dari pelbagai aspek, termasuklah tema (ukhuwah islamiah seperti yang telah ditetapkan), penampilan peserta, suara dan sebagainya.. that's why mutah menang walaupun ramai penonton lebih impress dgn kumpulan nasyid mafraq..)

sebahagian drpd event yang berlangsung hari ni..

nasyid irbid.. diterajui lelaki2 paling hot katenye har3

juara nasyid karisma '08 - mutah.. mcm hari raye la plak saye tengok hir3

si comel yang petah berkate2.. kecik2 da pandai tabarruj ye.. hiks~ anyway taun depan join lagi yah.. :) (i lurve the way she say 'marra'.. yang 'r' tu kasik sleng arab sket, bole?)

ni plak keputusan keseluruhan acara yang telah dipertandingkan sepanjang karnival sukan, akademik dan budaya kali nih.. pandai2la buat analisa sendiri (malas nak pikir.. ngantok~)

syabab

Acara

Juara

Naib Juara

Ketiga

Olahraga

100m

Mutah

Irbid

Irbid

200m

Irbid

Irbid

Mutah

400m

Irbid

Irbid

Mutah

1500m

Mutah

Irbid

Irbid

4 x 100m

Irbid

Mutah

Irbid

4 x 200m

Mutah

Irbid

Mafraq

4 x 400m

Irbid

Irbid

Mutah

Lompat jauh

Mafraq

Irbid

Mutah

Lompat tinggi

Mutah

Mutah

Mafraq

Acara padang dan gelanggang

Liga Bola Sepak Piala Duta 2008

Mutah A

Mafraq B

Mafraq A

Kejohanan Bola Tampar Piala Menteri Negeri Sembilan

Mutah

Irbid

Irbid

Badminton

Mutah

Mafraq

Irbid

Ping pong

Mutah

Irbid

Mafraq

Tarik tali

Amman

Mutah

Mafraq

Acara ‘indoor games’

Karom

Mutah

Mutah

Irbid

Catur

Irbid

Irbid

Irbid


Acara

Juara

Naib Juara

Ketiga

Acara akademik dan kebudayaan

Pidato Bahasa Arab

Irbid

Mafraq

N/A

Pidato Bahasa Inggeris

Irbid

Mafraq

Mutah

Tilawah Al-Quran

Mafraq

Mutah

Irbid

Hafazan: Juz ‘amma

Irbid

Irbid

Mafraq

Hafazan: 5 juzuk

Irbid

Mutah

Mafraq

Hafazan: 10 juzuk

Mafraq

Mutah

Irbid

Melukis poster

Irbid

Mutah

N/A

Kuiz pengetahuan am

Mafraq

Mutah

Irbid

Khat

Irbid

Mutah

Mafraq

Nasyid

Mutah

Mafraq

Irbid


akhawat

Acara

Juara

Naib Juara

Ketiga

Olahraga

100m

Mafraq

Mafraq

Irbid

200m

Irbid

Irbid

Mutah

400m

Mutah

Irbid

Irbid

1500m

Irbid

Irbid

Irbid

4 x 100m

Irbid

Mutah

Irbid

4 x 200m

Irbid

Mutah

Mafraq

4 x 400m

Irbid

Irbid

Mutah

Lompat jauh

Irbid

Mutah

Irbid

Lompat tinggi

Irbid

Mutah

Irbid

Acara padang dan gelanggang

Bola jaring

Mutah

Irbid

Irbid

Badminton (individu)

Irbid

Irbid

Mutah

Badminton (regu)

Mutah

Irbid

Irbid

Ping pong (individu)

Irbid

Irbid

Mafraq

Ping pong (regu)

Irbid

Irbid

Irbid

Bola tampar

Mutah

Mutah

Irbid

Acara ’indoor games’

Catur

Irbid

Irbid

Irbid


Acara

Juara

Naib Juara

Ketiga

Acara akademik dan kebudayaan

Pidato Bahasa Arab

Irbid

Amman

Mafraq

Pidato Bahasa Inggeris

Irbid

Irbid

Mafraq

Tilawah Al-Quran

Irbid

Mutah

Irbid

Hafazan: Juz ‘amma

Irbid

Mafraq

Irbid

Hafazan: 5 juzuk

Mafraq

Irbid

Irbid

Hafazan: 10 juzuk

Irbid

Mafraq

Mafraq

Melukis poster

Irbid

Irbid

Mutah

Kuiz pengetahuan am

Mafraq

Irbid

Mutah

Khat

Irbid

Mafraq

Irbid

Nasyid

Irbid

Mutah

Mafraq


yang ni plak kutipan mata mengikut mantiqah..

Mantiqah

Syabab

Akhawat

Keseluruhan

Irbid

68

108

172

Mutah

59

33

92

Mafraq

29

24

53

Amman

4

2

6


so secare kesimpulannye pihak lelaki syabab irbid perlu banyak berterime kasih kepade akhawat mereke yang banyak menyumbang mata untuk kontinjen tuan rumah, malahan kontinjen lelaki irbid sendiri da mule cuak dengan kemaraan kontinjen mutah.. still, nasib masih menyebelahi irbid.. pade hemat saye, tuan rumah memang kene menang walau apa cara sekalipun.. bukan sebab kite ni terlalu hebat mengalahkan mantiqah lain (bagi saye dlm certain acara memang mantiqah lain jauh lebih hebat berbanding irbid), tp sebab program buat kat tempat kite dan kite ade cukup ahli utk sertai program.. sesuatu yg mengaibkan kalu mantiqah lain yang xcukup peserta bole menang sedangkan kite yang berlebih2 ahli ni kalah..

apepun kemenangan yang diperoleh ini bukanlah utk kite bangge2 dan riak2kan.. ape yg lebih penting ialah sasaran objektif program ini - merapatkan silaturahmi.. semoga pertalian yang kite tautkan dalam karisma kali ini akan berterusan sehingga bila2.. amin~

sehingga bertemu lagi di karnival sukan, akademik dan budaya akan datang! bon voyage~

sedikit fakta menarik mengenai karisma '08
- program pertama yang berjaya mengumpulkan lebih 450 orang ahli mppm, nearly 3/4 jumlah ahli keseluruhan.
- program paling lama yang pernah mppm anjurkan setakat ni (3 hari 2 malam)..
- program yang menelan belanja paling besar setakat ni - nearly 10 ribu dinar!
- program pertama yang menghimpunkan acara sukan, ilmiah dan kebudayaan dan dijalankan sekali harung.. bayangkan, hari ni berpidato, esok tros main bola.. penat beb~
- program yang mempunyai rekod persegaran paling buruk dalam sejarah! (bukan xbersyukur, tapi pikirla beb lu nak bagi makan anak orang bukan anak kucing.. buatla makanan tu elok2 sket~ anyway, saye nampak datuk duta makan kt mcD lepas abes majlis penutup.. kesian datuk duta, xlalu kot agaknye nak makan jamuan yg disediakan tender makanan.. hmm)
- program paling banyak kontroversi har3~
- program yang melibatkan paling banyak lokasi.. jauh2 plak tuh hehe
- salah sorang peserte program adelah anak menteri besar perak.. nanti bolelah ajak ayah datang sini melawat hehe
- n lastly (hope so) program yg mempunyai paling ramai ajk (nearly 90 orang!)

updated: sabtu, 8 am

cabaran karnival sukan, akademik dan budaya 2008 masuk hari terakhir hari ini.. teka-teki mantiqah terbaik tahun ini bakal terjawab apabila keputusan penuh bagi semua acara yang dipertandingkan sepanjang 3 hari karnival berlangsung diumumkan di dalam majlis perasmian penutup tengahari nanti..

demi meneruskan kesinambungan acara2 semalam, pagi ini bakal menyaksikan beberapa acara menarik seperti nasyid, kuiz pengetahuan am dan khaligrafi.. pada masa yang sama, perlawanan bola tampar bagi pihak akhawat turut berlangsung berikutan masalah yang sama seperti pihak syabab semalam - ketandusan masa.. perlawanan dilangsungkan di gelanggang bola tampar komleks sukan universiti yarmouk (kompleks lah sangat lol).. (berite terkini: perlawanan penentuan tempat ketiga dan ke-4 bagi acara bola tampar lelaki dibatalkan di saat2 akhir apabila skuad mafraq menarik diri, seterusnya memberikan kemenangan percuma buat skuad irbid)

bagi acara nasyid, persaingan dijangka sengit memandangkan setiap mantiqah mempunyai kumpulan nasyid dengan kualiti vokal yang tersendiri.. sukar untuk membuat penilaian bg menentukan kumpulan nasyid terbaik kerana menilai muzik adelah sesuatu yg tersangat2lah subjektif.. so biarkan sahaja juri2 profesional menghakimi persembahan untuk menobatkan kumpulan nasyid terbaik kali ini..

majlis perasmian penutup karisma '08 akan berlangsung sejurus semua acara hari ini selesai dan dijangka bermula sekitar 1030 pagi bertempat di dewan nadi al-muallimin, irbid.. di antara dif-dif kehormat yang dijangka hadir termasuklah datuk duta sendiri, tyt datuk hasnuddin hamzah, serta pegawai2 atasan kedutaan malaysia & msd di amman.. ucapan perasmian penutup akan disampaikan oleh datuk duta, seterusnya menutup karisma '08.. pada majlis yang sama, laman web majlis perwakilan pelajar malaysia jordan akan dilancarkan seterusnya merealisasikan visi dan misi mppm ke arah meng'global'kan badan organisasi ini di mata dunia.. (berita terkini: majlis pelancaran laman web mppm juga dibatalkan di saat2 akhir.. haihh~)

sebelum saya bergerak ke dewan untuk menyaksikan pertandingan nasyid, berikut adalah keputusan penuh bagi acara sukan pihak wanita yang berlangsung pada hari kedua karnival semalam:

Acara

Juara

Naib Juara

Ketiga

Bola jaring

Mutah

Irbid

Irbid

Badminton (individu)

Irbid

Irbid

Mutah

Badminton (regu)

Mutah

Irbid

Irbid

Ping pong (individu)

Irbid

Irbid

Mafraq

Ping pong (regu)

Irbid

Irbid

Irbid

Bola tampar

N/A

N/A

N/A


sedikit fakta berkenaan acara sukan pihak wanita semalam..
- berlaku kontroversi yang agak panas terutamanya bagi acara bola jaring apabila terdapat segelintir peserta didakwa bertindak secara kasar dan emosional terhadap pasukan lawan semasa bermain.. malahan ramai yang sebelum ini kelihatan lembut dan ayu tibe2 berubah secara drastik apabila masuk ke arena bola jaring..
- gymnasium dibuka terlalu lambat, selewat pukul 9 pagi.. kesian pihak akhawat terpakse menunggu diluar gym di dalam kesejukan..
- acara bola tampar terpaksa ditunda pagi ini lantaran masa terlalu mencemburui kita :)
- perlawanan bola jaring persahabatan di antara team officer dan student diserikan dengan kemunculan isteri2 duta, pegawai2 kedutaan & msd.. walaupun pakatan isteri2 duta dan pegawai ni dikatekan sangat berbakat di dalam permainan ini, nasib nampaknye lebih menyebelahi team student apabila menang tipis dengan kelebihan 1 jaringan.. kire fight jugak la tu kan? btw syabas pada team student kerana berjaya mengalahkan mereka heheheh

sekian. bertemu di siaran seterusnya utk ulasan penutup tengahari ini