bismillah..
i was reading my lecture notes when my nokia 7610 suddenly vibrated. 1 message received. it was from my sister.
"askum, yong (that's the way she calls me.. dont ask why) kalu x busy tpon atok tau, atok rindu kat kau.."
so immediately i called atuk. kesian, agaknya dah lama benor dia xdengar suara saya. rindu kot. the last time i called him probably 3 or 4 weeks ago. (well, i wish i could call him everyday but the credit is always the problem :p) anyway, sementara kredit masih ada ni baik call terus.
after a few 'tut.. tut..' someone picked the phone. it was my mum. she was suprised to hear my voice. after having little conversation with her, i said that i want to talk with atuk, rindu katanya. she said that memang atuk tengah rindu dengan saya sebenarnya, sibuk minta tolong carikan gambar yang saya kirimkan masa raya tempoh hari untuk ditatap. tambah pulak sekarang ni atuk tengah demam dan batuk-batuk, so sentimental sikitlah kot orang tua tu.
then my mum got him on the phone. i greeted him and apologized for not calling him for quite a while. atuk didn't seem to mind, indeed he was really happy to hear my voice again. as usual, he asked about my study, kept reminding me to always concentrate on my study bla bla bla (and i was like "yes.. ok.. baiklah atuk..") before he handed the phone over to my mum.
according to my mum, atuk asyik demam dan batuk-batuk sejak seminggu lepas. lelahnya pun agak teruk sekarang. nak pergi masjid pun tak boleh, duduk je kat rumah. baru-baru ni kencingnya berdarah. terus hantar ke klinik, risaulah jugak kan kot-kot ada apa-apa yang serius ke tapi doktor kata ok je. lepas doktor bagi ubat demamnya beransur baiklah sikit, cuma batuk tu jelah nampak macam tak berapa nak baik lagi. insyaAllah 2-3 hari lagi baiklah tu.
risau juga saya dibuatnya, almaklum sajalah kita ni jauh. tapi umi pesan tak perlulah risau-risau, atuk ok. katanya, biasalah memang sekarang musim demam pun kat kampung tu. umi tu pun baru je lepas baik daripada demam. cuaca panas, kering. bulan lepas umi pitam sampaikan terpaksa terima iv fluid sebab cuaca terlampau panas.
so sedikit sebanyak begitulah keadaan atuk saya. sekejap sihat, sekejap masuk hospital. sekejap boleh berjalan, sekejap terlantar je kat atas katil. sungguhpun dia mengidap penyakit gout, hypertension dan masalah prostat, alhamdulillah usianya masih dilanjutkan sehingga kini.
kalau nak ikutkan, ramai dah peneroka dekat kampung saya yang telah meninggal dunia. ada di antaranya lebih muda daripada atuk saya. pada aidil fitri yang lalu kedua-dua jiran di sebelah rumah atuk saya, pakcik musa dan pak haji sulaiman telahpun kembali ke rahmatuLlah. pak haji sulaiman meninggal pada hari raya kedua setelah terlantar sakit selama lebih 5 tahun, manakala pakcik musa pula yang sebelum ini sihat walafiat mengejutkan kami semua apabila dikhabarkan meninggal dunia 5 hari kemudian kerana terjatuh di dalam bilik air. semoga Allah merahmati pemergian kedua-dua allahyarham.
malah sejak saya memulakan pengajian saya di sini, ramai ahli kampung soeharto yang saya kenali telah tiada. pakcik rahman gunting (tukang gunting rambut), pak haji ibrahim (ketua imam masjid kampung saya), pakcik haji bustani (imam masjid), pakcik mat johor (pemandu teksi), pakcik selamat (juga pemandu teksi), ramai lagi.. semuanya saya kenal, dan semuanya kenal saya. at least, kalau diorang tak kenal saya pun diorang taulah yang saya ni cucu kepada ahmad jalil, atuk saya yang satu ketika dulu menjadi siak masjid.
3ala kulli hal, saya bersyukur kerana sehingga kini saya masih mempunyai kedua-dua atuk dan nenek. saya tahu ada di antara kawan-kawan saya yang tidak pernah berkesempatan untuk menatap wajah atuk dan nenek mereka yang sudah tiada. oleh yang demikian saya perlu rasa bersyukur, sangat-sangat bersyukur. saya berserah kepada Allah, semoga usia atuk dan nenek saya dilanjutkan dalam kebajikan, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dan semoga kami dipertemukan di masa akan datang.
ya Allah, sihatkanlah atukku..
Subscribe to:
Comment Feed (RSS)


|