di pagi jumaat yang mulia ni, saya sebenarnya tidak berniat pun untuk menulis panjang, sekadar mencuri seminit dua (ye ke seminit dua?) untuk berkongsi sedikit mengenai apa yang terbuku di hati..
alhamdulillah, setakat ini 3 rakan sebatch telahpun selamat ke jinjang pelamin.. (untuk kali yang pertama, tataulah kot2 ade yang nak ke jinjang pelamin sekali lagi ~ops!) terasa bahagia pula bila melihat seorang demi seorang sahabat saya menyahut seruan sunnah untuk mendirikan rumah tangga.. doa saya, semoga mereka semua kekal bahagia sehingga disatukan semula di syurga nanti insyaAllah..
erm, saya buat masa ni masih belum nampak jalan lagi.. jauh lagi kot.. jauuuhh lagi.. walaubagaimanapun, perancangan tetap ada.. bila dan siapa saya serahkan kepada Allah yang lebih arif merancang.. :)
ramai orang kata, "alah watpelah kawen awal2? tym ni r kite nak enjoy dulu.. nanti da kawen masing2 melekat kat umah je.."
hmm betullah tu.. masa bujang ni memang merupakan satu masa yang mana kita syabab-syabab ni berpeluang untuk buat apa sahaja yang disifatkan sebagai 'adventure', benda-benda yang kita boleh buat dengan kawan-kawan tapi bukan dengan buah hati mahupun anak-anak kita.. ape-apelah, you name it..
tapi.. tu pun kalau kita ada kawan ataupun geng yang sekepala dengan kitalah..
kadang-kadang saya tak nafikan seolah-olah saya kurang memanfaatkan peluang 'masa bujang' saya seefektif mungkin. orang kata, masa bujang ni masa kita nak enjoy dengan kawan-kawan, buat benda-benda yang kita xleh atau susah nak buat bile kita dah kawen nanti..
tapi entahlah.. saya tak rasa enjoy sangat pun hidup bujang ni.. most of the time saya rasa macam hidup sorang-sorang je, hidup dalam dunia sendiri.. saya tak banyak persamaan dari segi interest, hobi etc dengan orang-orang di sekeliling saya.. banyak sebab.. mungkin saya xpandai bersosial, xpandai bercampur gaul dengan orang.. mungkin saya xpandai nak create topic yang menarik untuk disembang-sembangkan dengan kawan-kawan saya.. mungkin juga behaviour saya terhadap mereka kurang menyenangkan.. mungkin..
that's why kadang-kadang, nak saya terasa nak g shopping ke, makan ke, saya prefer pergi sendiri.. terasa janggal nak ajak kawan-kawan, apetah lagi 'hadeq-hadeq' untuk meneman.. (lol, fyi saya xde adek ye kat sini ye.. sekian~)
so disebabkan saya ni kuat berangan, sometimes i think alangkah bahagianya kalau sekarang ni saya mempunyai 'seseorang' di sisi.. seseorang yang menjadi tempat saya berkongsi keceriaan tatkala saya gembira, seseorang yang menjadi tempat saya berkongsi masalah tatkala saya hampa, seseorang yang menjadi tempat saya berkongsi kasih sayang tatkala saya bahagia.. seseorang yang mengisi kekosongan di dalam hati tatkala saya sunyi..
namun perkahwinan is all about responsibility.. tanggungjawab..
bersediakah saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami ketika ini? sejauh mana matangnya saya untuk mengharungi mihnah dan tribulasi rumahtangga (wah ayat) yang pastinya menguji kesabaran dan iman? sejauh mana tingginya ilmu saya untuk membimbing isteri dan anak-anak saya ke arah jalan yang diredhai?
hmm saya tak pasti.. tapi yang pasti, saya masih perlu banyak belajar dan memperbaiki diri untuk ke arah itu..
buat masa ini kawan-kawan sayalah tempat saya berkongsi kegembiraan dan kesedihan.. hilang mereka, sunyilah saya.. famili pula jauh di mata walaupun sentiasa dekat di hati.. kehadiran mereka sedikit sebanyak mengubat kesunyian di hati ini..
namun, tiada apa yang lebih membahagiakan jiwa sekiranya kita mempunyai kebergantungan yang tinggi dan erat dengan Maha Pencipta.. biarpun kita disisih dunia, namun kita sentiasa dekat padaNya.. tanpaNya, apalah ertinya hidup kita di dunia ini..
semoga Allah sentiasa mengurniakan kebahagiaan dan kegembiraan di dalam hidup kita semua, walaupun di kala kita menghadapi kesusahan.. semoga ikatan kekeluargaan mahupun ukhuwah yang kita jalinkan sesama rakan taulan menjadi semakin erat dan kukuh, kerana Allah..
saya juga akan senantiasa menantikan kehadiran teman hidup yang bakal sama-sama mengharungi perit jerih kehidupan bersama saya sehingga ke hujung usia.. semoga kami disatukan dengan ikatan keimanan yang tidak berbelah bahagi kepada Tuhan pemilik sekelian alam, dikurniakan cahaya-cahaya mata yang soleh dan solehah, dan disatukan semula di dalam syurga Allah suatu ketika nanti, insyaAllah..
"rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina quwwata a3yun, waj3alna lilmuttaqina imama.."
p/s: wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekelian, berdoalah agar saya dan rakan-rakan seperjuangan - baik dari tahun 1 sampailah tahun 6, pengajian syariah, medic mahupun dentistry - berjaya dengan cemerlang di dalam imtihan yang bakal kami lalui tidak lama lagi..


|