proses pendaftaran atas talian sebegini ternyata lebih mudah dan menjimatkan masa. boleh dikatakan hampir kesemua universiti di jordan mengamalkan sistem pendaftaran secara online, suatu yang meletakkan universiti di negara ini lebih ke hadapan sedikit (sket je..) berbanding universiti negara-negara arab lain seperti mesir yang masih mengamalkan sistem pendaftaran secara manual yang tersangatlah lecehnya.
untuk semester yang akan datang, kami akan mengambil 5 subjek wajib perubatan yang mewakili 18 credit hours secara keseluruhannya. subjek-subjek tersebut termasuklah neuroscience - I & II, urinary & reproductive system, medical ethics dan health administration. untuk 3 subjek pertama, aku (dan kebanyakan rakan-rakan msia yang lain) memilih syu'bah kedua (kerana kelasnya bermula agak lewat.. biasalah..) manakala untuk 2 subjek berikutnya kami selesa untuk berada di dalam syu'bah pertama (memandangkan hanya satu syu'bah sahaja yang disediakan).
hari khamis ini kami bakal bertempur di dalam mid-term exam untuk endocrine system pada pukul 2.45 petang. 3 hari kemudian final exam menyusul..
doakan kejayaan kami.


|