kedengaran rintik-rintik hujan di luar jendela yang putih berkabus. kedinginan malam kian terasa. hujan renyai-renyai yang turun sejak asar tadi belum menunjukkan tanda-tanda seperti mahu berhenti. almaklum sajalah dekat dua minggu juga bumi tandus jordan ini tak bersiram air dari langit. naik susah hati orang jordan bila hujan tak turun-turun..tatkala waktu hujan-hujan begini duduk di rumah rasanya lebih enak berbanding berjalan-jalan mengambil angin malam di luar. sejuknya tak terkalahkan! sambil-sambil tu kalu dapat minum milo susu panas, siap duduk depan sobah lagi.. uih memang bestlah~
seperti biasa malam ni aku bersendirian di dalam bilik, menyibuk-nyibukkan diri lantaran bahang peperiksaan akhir semester kian terasa. ade lebih 20 lecture notes lagi yang belum dibaca. itu baru es (endocrine system).. gis & mss jangan mimpilah nak sentuh sekarang.. tapi tulah, bile bace lecture notes dengan bahasa english celup nih (yang buatnya ehem ehem..) memang selalunye buat kite cepat 'distracted'.. sekali baca pening, dua kali baca rasa macam nak pitam huhu..
tak kesahlah, yang penting dorang dah tolong buatkan. terima kasih banyak-banyak..
hmm.. diam tak diam dekat seminggu jugak tak dengar cerita kengkawan (maksud aku budak2 sinila.. lg2 yang sorang tu).. kalau dengar pun stkt 2-3 orang jelah, yang lain entah sihat ke idak wallahua'lam. bukannya kita tak mahu bertanya, tapi masing-masing tak mahu diganggu katanya.. di'buzz' tak menjawab, di'sms' tak membalas.. untung bertembung dekat masjid atau kat mana-mana sempatlah bertanya, kalau tidak "jumpe di sane lah ye.." (kat mane lagi, dewan exam le..) kita pun ikut sajalah rentak dorang.. thats why kadang-kadang aku tak berapa suka sangat dengan minggu-minggu exam nih.. semua orang duduk dalam 'kotak' masing-masing.. bosan aku xde orang nak kacau~ ^o^
final exam gis & mss ditukar tarikhnya baru-baru ni.. (asalnye gis 17, mss 21.. last-last tukar plak mss 17 jan, gis 22 jan..) nasib baik ada sorang kawan tu tolong ingatkan (jazakillah).. announcement pun katenye cuma dibuat di laman web just. bayangkanlah kalau sekarang aku still takde internet.. datang exam ingatkan gis, sekali mss.. huuhuhu seram~
eh hujan da berenti.. hmm ingat nak abeskan physiolah malam ni tp macam mustahil jek.. karang bosan buat bende lain lagik, last-last-ngantok-tido-sok-bangun-lambat-terus-nanes.. boley?
p/s: makin ke bawah makin kusam komsas aku.. hak3


|