tasjil

bismillah...

alhamdulillah proses pendaftaran semester kedua pengajian tahun ketigaku di just telahpun selesai sebentar tadi, walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah untuk log in ke dalam laman pendaftaran. mungkin kerana berlaku kesesakan pada server utama laman web ini memandangkan semua pelajar mendaftar hampir serentak bermula pukul 2 petang tadi.

proses pendaftaran atas talian sebegini ternyata lebih mudah dan menjimatkan masa. boleh dikatakan hampir kesemua universiti di jordan mengamalkan sistem pendaftaran secara online, suatu yang meletakkan universiti di negara ini lebih ke hadapan sedikit (sket je..) berbanding universiti negara-negara arab lain seperti mesir yang masih mengamalkan sistem pendaftaran secara manual yang tersangatlah lecehnya.

untuk semester yang akan datang, kami akan mengambil 5 subjek wajib perubatan yang mewakili 18 credit hours secara keseluruhannya. subjek-subjek tersebut termasuklah neuroscience - I & II, urinary & reproductive system, medical ethics dan health administration. untuk 3 subjek pertama, aku (dan kebanyakan rakan-rakan msia yang lain) memilih syu'bah kedua (kerana kelasnya bermula agak lewat.. biasalah..) manakala untuk 2 subjek berikutnya kami selesa untuk berada di dalam syu'bah pertama (memandangkan hanya satu syu'bah sahaja yang disediakan).

hari khamis ini kami bakal bertempur di dalam mid-term exam untuk endocrine system pada pukul 2.45 petang. 3 hari kemudian final exam menyusul..

doakan kejayaan kami.

ikhtilat

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka..."
an-Nur: 30

p/s: maaflah, saye tengah bosan..

break semenet

bismillah...

kedengaran rintik-rintik hujan di luar jendela yang putih berkabus. kedinginan malam kian terasa. hujan renyai-renyai yang turun sejak asar tadi belum menunjukkan tanda-tanda seperti mahu berhenti. almaklum sajalah dekat dua minggu juga bumi tandus jordan ini tak bersiram air dari langit. naik susah hati orang jordan bila hujan tak turun-turun..

tatkala waktu hujan-hujan begini duduk di rumah rasanya lebih enak berbanding berjalan-jalan mengambil angin malam di luar. sejuknya tak terkalahkan! sambil-sambil tu kalu dapat minum milo susu panas, siap duduk depan sobah lagi.. uih memang bestlah~

seperti biasa malam ni aku bersendirian di dalam bilik, menyibuk-nyibukkan diri lantaran bahang peperiksaan akhir semester kian terasa. ade lebih 20 lecture notes lagi yang belum dibaca. itu baru es (endocrine system).. gis & mss jangan mimpilah nak sentuh sekarang.. tapi tulah, bile bace lecture notes dengan bahasa english celup nih (yang buatnya ehem ehem..) memang selalunye buat kite cepat 'distracted'.. sekali baca pening, dua kali baca rasa macam nak pitam huhu..

tak kesahlah, yang penting dorang dah tolong buatkan. terima kasih banyak-banyak..

hmm.. diam tak diam dekat seminggu jugak tak dengar cerita kengkawan (maksud aku budak2 sinila.. lg2 yang sorang tu).. kalau dengar pun stkt 2-3 orang jelah, yang lain entah sihat ke idak wallahua'lam. bukannya kita tak mahu bertanya, tapi masing-masing tak mahu diganggu katanya.. di'buzz' tak menjawab, di'sms' tak membalas.. untung bertembung dekat masjid atau kat mana-mana sempatlah bertanya, kalau tidak "jumpe di sane lah ye.." (kat mane lagi, dewan exam le..) kita pun ikut sajalah rentak dorang.. thats why kadang-kadang aku tak berapa suka sangat dengan minggu-minggu exam nih.. semua orang duduk dalam 'kotak' masing-masing.. bosan aku xde orang nak kacau~ ^o^

final exam gis & mss ditukar tarikhnya baru-baru ni.. (asalnye gis 17, mss 21.. last-last tukar plak mss 17 jan, gis 22 jan..) nasib baik ada sorang kawan tu tolong ingatkan (jazakillah).. announcement pun katenye cuma dibuat di laman web just. bayangkanlah kalau sekarang aku still takde internet.. datang exam ingatkan gis, sekali mss.. huuhuhu seram~

eh hujan da berenti.. hmm ingat nak abeskan physiolah malam ni tp macam mustahil jek.. karang bosan buat bende lain lagik, last-last-ngantok-tido-sok-bangun-lambat-terus-nanes.. boley?


p/s: makin ke bawah makin kusam komsas aku.. hak3