bismillah...
saya mulakan penulisan saya dengan merafakkan setinggi-tinggi pujian buat Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, serta memanjatkan selawat dan salam buat kekasihNya Muhammad saw yang sentiasa kita kasihi dan cintai..
semoga anda semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah..
maha suci Allah.. dengan kuasa dan hidayahNya, hati saya digerakkan untuk mula menulis secara sambil-sambilan di laman maya 'blogger' ini sebagai kesempatan untuk saya titipkan segala pengalaman, buah fikiran dan juga apa sahaja yang terlintas di cerebrum saya sepanjang pengajian saya selama 6 tahun di bumi jordan ini..
bagi sesiapa yang masih belum mengenali, saya adalah insan yang bernama mohd tarmizi bin mohd said, merupakan cahaya mata sulung kepada pasangan mohd said haji sanusi dan nurhanim haji ahmad, dan merupakan seorang pelajar bidang perubatan di jordan university of science & technology.
menempuhi kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan di timur tengah bakal menjanjikan 1001 ujian, dugaan dan cabaran kepada saya.. sebahagian daripada apa yang saya alami di sini mungkin tidak pernah langsung dilalui oleh orang lain.. atas dasar itu, saya kongsi dan abadikan pahit manis hidup saya di bumi kinanah penuh sejarah ini sebagai sebuah memori yang paling berharga pernah saya peroleh..
'besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan'.. tulisan dan cetusan buah fikiran saya di sini bebas untuk anda ulas, komen mahupun kritik.. saya meraikan setiap respon pembaca the jordan post. harapan saya, semoga hasil tulisan saya di dalam blog yang simple 'mimple' ini mampu memberikan anda (kalau xbanyak sikit pun jadilah) kebaikan dan manfaat yang dapat anda jadikan sebagai panduan dalam kehidupan anda kelak.. dan sebagai seorang insan, masih banyak yang perlu saya pelajari.. segala kesilapan dan kecacatan saya mohon ribuan ampun dan maaf..
segala kebaikan itu datangnya drpd Allah, manakala segala kelemahan hadir dari kekurangan diri saya sendiri sebagai hamba Tuhan..
saya akhiri entry pembuka bicara ini dengan lafaz yang mulia, wassalam..
saya mulakan penulisan saya dengan merafakkan setinggi-tinggi pujian buat Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, serta memanjatkan selawat dan salam buat kekasihNya Muhammad saw yang sentiasa kita kasihi dan cintai..semoga anda semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah..

|