dan masa terus berlalu

bismillah...

tahun 2007 kini melabuhkan tirainye, memberi laluan kepade tibanye tahun 2008 yang menjanjikan 1001 kejutan demi kejutan. tahun 2007 yg bakal berlalu juga tidak kurang dengan kejutan-kejutannya. jika disorot kembali ke belakang, tergambar semula pelbagai kenangan indah dan pahit yang mewarnai hidup kita seharian dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Tuhan di muka bumiNya yang amat luas ini.

pun begitu pemergian 2007 pasti dirindui..

kehidupan pada usia 20 tahun merupakan satu tempoh yang sangat berbeza jika hendak aku bandingkan dengan kehidupan sebelum itu. tanggungjawab semakin banyak, dugaan semakin berat. semuanya datang silih berganti ke arah mempersiapkan aku untuk ke mase depan yang ternyata lebih mencabar.

alam pengajian 2007

aku melangkah ke alam 2007 sebagai pelajar tahun kedua perubatan di jordan university of science and technology. ternyata ia merupakan tahun yang mencabar. semester pertama tahun kedua pengajianku di sini telah bermula sejak september 2006, ibaratnya januari 2007 merupakan tempoh 'final exam' untuk semester tersebut. di antara subjek yang kuambil termasuklah general pharmacology, general pathology, general microbiology, biostatistic dan molecular genetic. personally, aku katakan inilah semester paling susah yang pernah aku lalui setakat ini (sbb dlm sem nila aku dapat muadal paling sket), namun aku sangat bersyukur kerana masih lagi boleh 'survive' di saat rakan seperjuangan yang lain mula menunjukkan bibit-bibit kecundang, mungkin kerana masih tercari-cari cara study yang paling sesuai.

pun begitu, life goes on.. semester kedua menyusul dengan format yang ternyata berbeza dengan semester sebelum itu. kali ini kami disajikan dengan pengajian ilmu perubatan berkonsepkankan 'sistem', bermula dengan HLS (hematopoeitic & lymphatic system), disusuli CVS (cardiovascular system) dan RS (respiratory system). konsep sistem ini mengintegrasikan kesemua komponen-komponen ilmu perubatan yang hanya berkisarkan mengenai sistem itu sahaja. (maksudnye, kalu kite belajar sistem darah, kite belajar pasal darah jela drpd anatnye sampaila ke pathologynye..)

dalam semester ni belajarnya lebih banyak rileks (mungkin juga satu perangkap sekirenye xpandai berhati2) tetapi examnya memang hazab! walaupun kami cume berdepan dengan soalan berformat mcq, ternyata ia bukanlah satu advantage kepada kami untuk belajar sambil bersenang lenang. andai terleka akibatnya memang tak terbayangkan..

alhamdulillah, result yang keluar ternyata tidak menghampakan (walaupun xla membanggekan sangat). berkat doa ibu ayah aku masih lagi survive.

semester musim panas bermula sekitar jun 2007. klimaks musim panas tidak menghalang aku dan rakan-rakan yang lain untuk terus tabah mengutip secebis ilmu Allah di sini. subjek yang diambil ketika ini termasuklah immunology, public health & psychology. memandangkan ia merupakan sebuah semester yang pendek kami terpakse menghadap subjek & lecturer yang sama hampir setiap hari! cukup membosankan.. semester ini juga merupakan semester akhir untuk pengajian tahun dua perubatan. seandainya kami melepasi summer sem ni maka secara tidak rasminya kami layak untuk ke tahun tiga!

dan di saat aku menulis entry ni, aku sudahpun berada di penghujung semester pertama tahun ketiga.. bile da sampai tahap ni rase mcm xpercayelah pulak.. hehehe

kehidupan penuh cabaran

tahun 2007 juga manyaksikan kehidupan aku di rumah baru setelah berpindah dari bangunan al-um'ari yang aku duduki sepanjang tahun pertama aku di sini. namun kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.. setelah beberapa bulan di rumah tersebut ternyata ia bukanlah sebuah rumah yang baik. walaupun kami merupakan penghuni pertama rumah tersebut (memandangkan ia baru sahaja siap dibina tatkala kami memasukinya) pelbagai masalah timbul - masalah air, elektrik, sistem perpaipan yang teruk, ditambah pula dengan masalah kulat (rumah berkulat esp tym winter.. bayangkan!).. semuanya cukup sebati untuk membuatkan hidup aku jadik tak tentu arah mase tu.. tapi nak buat camne, dalam akad perjanjian dengan tuan umah kate nak duduk setahun, terpakselah jugak tunggu habis akad baru bole pindah..

bile dikenang balik citer2 kat umah lame tu, hati ni jadi sayu.. xsangke kesudahannye begitu.. hmm malaslah nak cite kat sini..

yang penting sekarang aku da masuk ke rumah lain yang (bagi aku) lebih baik daripada rumah-rumah peninggalan aku sebelum ni.. ye, rumah sekarang ni pun kadang-kadang meragam jugak tapi nak buat camne.. kalu dah namenye tinggal dekat jorden pegi mane-mane pun tetap ade masalah.. lari ke sane masalah itu.. lari ke sini masalah ini.. terpaksela bersabar menghadapi dugaan dan ujian segetir ini..

bile da hidup serbe serbi kekurangan nih, barulah terase nikmatnye segale bende yang kite dapat selame ni 'take for granted'.. aku bersyukur, dan aku harapkan kesusahan yang aku alami ketika ini mampu mendidik jiwa aku untuk menjadi seorang yang penyabar dalam menempuh segale cubaan dan tribulasi yang menanti di saat aku bergelar seorang doktor nanti..

memikirkan tentang mase depan, aku sendiri risau dengan diri aku.. entahlah..

cabaran 2008

1 januari 2008 menanti dengan penuh debaran. bulan januari ini sahaja terpaksa aku habiskan untuk mempersiapkan diri sebelum menghadapi final exam yang dijangka berakhir 22 januari nanti. harapnya dengan masa yang berbaki ketika ini mampu aku gunakan semaksima mungkin untuk mengulangkaji semula apa yang telah aku pelajari sepanjang semester satu tahun ketiga yang sungguh panjang dan melelahkan ini.. *sigh*
  • jan 10 - mid term exam for endocrine system
  • jan 13 - final exam for endocrine system
  • jan 17 - final exam for gastrointestinal system
  • jan 21 - final exam for musculoskeletal system
segunung harapan kami panjatkan ke hadrat Ilahi. aku mengharapkan kesudahan yang membahagiakan untuk sem ini. semoga aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dapat menempuh dan menyudahkan sem ini dengan kejayaan, penuh bergaya..

doakanla kejayaan buat kami!

di samping itu juga, kami perlu mempersiapkan mental dan fizikal kami sebelum tibanya era klinikal yang (insyaAllah sekiranya tidak ada aral melintang) akan kami tempuhi september depan..

di saat orang lain begitu teruja sekali mengejar alam klinikal, aku merasekan sebaliknya - mungkin kerana kemahiran bertutur dalam bahasa arab masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. namun, apa yang aku harapkan tahun 2008 ini mampu membuka lebih banyak jalan yang membolehkan aku untuk memperbaiki tahap diri aku hari ini ke arah yang lebih baik.

juga, tahun 2008 menyaksikan perubahan drastik di dalam perkembangan semasa ekonomi jordan apabila harga minyak semasa akan dinaikkan 100% daripada harga asalnya mulai 1 januari 2008 setelah kerajaan bertindak menarik balik subsidi minyak yang diberikan sebelum ini, meninggalkan rakyatnya di dalam satu keadaan ekonomi yang memang tidak dapat dijangkakan teruknya. harga barangan dijangka meningkat mencanak-canak. rakyat yang sudah sedia susah semakin tambah terdesak..

sesuatu yang tidak aku jangkakan sama sekali..

dengan biasiswa pemberian kerajaan buat masa ini, aku ragu-ragu untuk menghadapi 2008.. walaupun acapkali kedengaran ura-ura biasiswa akan dinaikkan tahun hadapan, aku sedikitpun tidak meletakkan harapan setinggi gunung setelah beberapa kali 'terkecewa' dengan khabar angin sebelum-sebelum ini mengatakan hal yang sama, sedangkan biasiswa masih kekal pada rate lama. tapi bila difikir-fikirkan balik, alangkah bertuahnya aku jika hendak dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang tidak ditaja. dengan meningkatnya kos sara hidup harian di sini bagaimana mungkin mereka hidup selesa?
"ya Allah.. memang tidak terhitung banyaknya nikmat yang telah Engkau berikan padaku.. selangit pujian kupanjatkan buatMu di atas nikmat-mikmatMu yang melimpah ruah.. terima kasih Allah.."
memikirkan cabaran ekonomi yang sehebat ini aku terpaksa menimbang semula keputusan untuk kembali ke tanah air pertengahan tahun hadapan. bukan mudah untuk membuat keputusan. dengan harga tiket flight yang sudah pastinya melambung mahal aku tidak pasti sama ada lebihan biasiswa di dalam simpanan mencukupi atau tidak untuk membolehkan aku menemui bonda tercinta yang telah 2 tahun tidak kutemu. aku cuma mampu berdoa kepada Tuhan semoga dipermudahkan jalan untuk kupulang sebentar menjenguk atuk nenek yang sudah tidak berapa sihat, menatap redup wajah ibu tersayang di samping adik-adik sentiasa kurindu..

peritnya hati memendam rindu, terasa nikmat saat ketemu.. akan kunanti saat itu!

aku mengharapkan kehadiran tahun baru 2008 menjanjikan 1001 kegembiraan, kejayaan & kebahagiaan buat diriku. semoga tahun 2007 yang bakal aku tinggalkan beberapa jam lagi akan menjadi muhasabah berguna buat diri ini untuk menempuhi tahun-tahun mendatang dengan penuh keyakinan dan harapan.

selamat tahun baru 2008! wa kullu 3am wa antum bikher..