reincarnation

bismillah..

hello world, i'm back.

after 2 years of living dormant i've been thinking to start reblogging once again as i feel it is the best way to let people know more about me, to share my views and opinions on certain issues as well as to keep in touch with people who actually cares about me.

but as for now, i feel a little bit sleepy (sorry i haven't slept last night) so i wanna have some nice, deep sleep with good dreams and share my thought on the next occasion.

you know, i love post-exam period. it's stress-free!

p/s: it looks like raining outside, and we are now in the end of May! :)

p/s: i miss my 'old-friend'.

come back

bismillah..




rindunya rasa nak ber'blogging' semula..

tunggulah.. kalau ada rezeki..

insyaAllah..
:)

monolog hati


pohonan zaitun terliuk lentuk, segar mewangi
angin fajar bertiup lembut menyegar dinihari
kicipan burung-burung riuh bertasbih, memuji Rabbi

di sini aku tegak berdiri
mencari destinasi
otakku ligat memikir, ke mana harus kutujui
lantas kuhayunkan longlai langkah kaki
perlahan, menyusuri lorong kosong tidak berpenghuni
sepi

kudongakkan kepalaku menghadap langit Ilahi
yang Maha Tinggi
mataku sayu menatap mendung mega pagi
yang seakan memahami resah diri ini

tanpa kusedari
setitis air jernih jatuh mengalir di pipi
kelopak mata yang tadinya bergenang penuh, tertumpah kini
langkahku terhenti
sebak hati tak tertanggung lagi

kubiarkan alam menjadi saksi
kukongsi derita hati bersama embun pagi
kuluah kekosongan jiwa di hadapan rabbul izzati
kuakui akan lemahnya diri

aku hanyalah hamba disisiMu ya Rabbi
menagih cinta dan kasih sayangMu yang tidak berbelah bagi
sebuah cinta agung antara seorang hamba dengan pemilik nyawanya yang hakiki
namun aku tidak selamanya suci
ada masa aku teguh berdiri
ada masa aku kecundang tersembam ke bumi

di saat itu Engkau hadir menghulurkan tangan, membantuku berdiri
ada kalanya kusambut, ada kalanya tidak kupeduli
dan di saat itu, Engkau berlalu pergi
meninggalkan aku yang berterusan menyesali
kebodohan diri
kini terkial-kial mencari
merayu dan mengharap agar Engkau kembali

kutadahkan tangan memohon doa
agar dikuatkan jiwa
melawan nasfu dan noda
yang seringkali memandu manusia
gila

kupanjatkan tangan mohon perlindungan
agar diselamatkan akidah dan iman
supaya tidak tersesat jalan
supaya selamat di dunia dan di hari kemudian

selamatkanlah aku ya Allah, dari fitnah dunia yang menipu
ampunilah dosaku ya Allah, janganlah Engkau murkai aku
bantulah aku ya Allah, untuk melepasi halangan dan ujianMu

hanya padaMu aku sembah, hanya padaMu aku berserah,
hanya padaMu jua aku memohon pertolongan..

ectopic

bismillah..

lupekan post semalam.. hari ni saya nak berkongsi sket apa yang saya dapat di hari terakhir dawam saya di mustasyfa ameera badee3ah lil amradh annisaiyyeh wa jarahatuha. sekarang ni saya sedang menjalani rotation obs & gyn.. dawamnya rileks, setiap hari kejenye amik history amik history amik history, then ikut doktor jumpa patient atau bincang kes, abes dalam pukul 11 gitu.. then g jamiah pulak untuk lecture sampai pukul 2.30 pm.. gitulah tiap-tiap hari selama 2 minggu ni. next week kat hospital askar plak so tataulah ape yang menanti saya dan jep di sana..

pagi tadi kiteorg round bersama sorang obstetrician, tapi tak ingatlah sape name dia.. takde kes pun yang kiteorang bincang hari ni, cume dengar dia syarah tentang ovarian neoplasm dan bende-bende yang seangkatan dengannya.. sebelum bersurai doktor tu berkongsilah satu cerita.. pengalaman dia dulu-dulu masa sambut sorang baby ni, tapi membesar di luar rahim..

2-3 tahun yang lepas, sorang ibu telah datang berjumpa doktor ni untuk buat pemeriksaan sama ada dia mengandung atau tak.. so macam biasa makcik ni tadi akan melalui rutin biasa di wad obs iaitulah check darah, air kencing, buat ultrasound etc.. check punya check rupa-rupanya makcik ni datang dengan diagnosis yang sangat pelik - atypical ectopic pregnancy, atau dalam bahasa melayunya kandungan luar rahim yang luar biasa. (ectopic tu sendiri dah atypical, ni atypical ectopic.. double atypical or aaaaatypical! :) ) kalau bende ni berlaku kat us atau uk saya mungkin tak heran, tapi bila berlaku kat jordan dan diuruskan oleh doktor saya sendiri mestilah saya excited nak dengar sampai habis~

dalam kebanyakan kes, kebarangkalian untuk janin survive di luar rahim adalah sangat tipis, boleh kata hampir ke tahap mustahil, sebab satu-satunya tempat yang memang direkacipta khas dalam badan setiap wanita untuk mengandungkan anaknya hanyelah di dalam organ yang bernama rahim. kat tempat lain, kalau ikut sunnatullah memang tak jadi. sama ada dia akan gugur sendiri (sebab tak dapat bekalan darah yang cukup), atau akan pecah dan menyebabkan pendarah teruk kepada si ibu (dalam kes embryo terimplan dekat salur tiub fallopio yang nipis itu, sebagai contoh), ataupun menyebabkan masalah-masalah lain yang mengundang bahaya kepada si ibu. sehingga ke hari ni tak banyak janin yang melepasi tahap age of viability iaitu minggu ke 24 di mana baby tu sudah bernyawa.

tapi, dalam kes makcik ni special sket.. ovum yang telah disenyawekan dengan sperm si bapa tadi entah macammana terkeluar dari tiub fallopio tu, then tros bergerak terawang-awang dalam peritoneal cavity dan kemudiannya terimplan secara semulajadi dekat serosal layer of the uterus, kat bahagian atas fundus uterus tersebut, di luar rahim.. dan kandungan tu terus berkembang dan membesar secara normal tanpa sebarang masalah walaupun duduk sebelah menyebelah dengan mak die punya usus, hati, perut dan sebagainya..

doktor tu citer, masa dia 1st time tengok baby tu by ultrasound memang dia terkejut.. puas digodek-godeknya perut makcik tu dengan probe ultrasound tu takut tersilap tapi nampaknya die tidak.. baby tu hidup, dalam keadaan yang baik, dengan placentanya melekat di atas rahim si ibu tadi (fundus of the uterus tadi) tapi kat bahagian luarlah, which is very atypical sebab keadaan baby dan placenta berada dlm keadaan yg baik seperti kehamilan normal. rahim dia pulak maintain pada saiz yang asal sebab xde baby di dalamnye..

somehow, takde satu pun obstetrician kat hospital tu mencadangkan supaya baby tadi digugurkan.. yelah, komplikasi kandungan luar rahim selalunya boleh mengancam nyawa si ibu maka pengguguran bayi atau janin tersebut mungkin adalah cara terbaik untuk mengelakkan sebarang kesan buruk kepada si ibu tadi.. walaubagaimanapun doktor tadi bersama team obstetrician dia yang lain decide untuk tunggu dan lihat.. jadi je ape-ape, dorang akan trus operate untuk tamatkan proses kehamilan tersebut dan gugurkan fetus yang semakin hari semakin besar tu..

hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan.. maka semakin hampirlah baby tadi ke bulan kehamilan yang ke 9.. baby dan ibu berada dalam keadaan baik, cuma si ibu mengalami simptom seperti sakit di bahagian perut dan sebagainya.. biaselah, dah name pun atypical kan.. so bila da dekat-dekat full term tu doktor pun tak tunggu lama, agak-agak bila peparu baby dah matang dan boleh berfungsi dengan baik, masuk minggu 37-38 camtu dorang keluarkan baby tu menerusi kaedah cesarean section.

alhamdulillah, outcome dia bagus, baby perempuan dengan berat lebih kurang 3 kilo sumthing, sihat dan dah besar pun sekarang.. mak dia juga stable, tapi lepas baby dia keluar doktor terpaksa buat subtotal hysterectomy (buang rahim) sebab placenta or uri baby tadi da melekat dekat fundus of the uterus tu so tak bolelah nak cabut camtu je untuk elakkan pendarahan. lagipun makcik tu da already ade 3 orang anak so xpelah korbankan jelah rahim tu asalkan anak dia dan dia selamat. orang arab kata 'balash'la.. bila da sihat, makcik tu pun kemudiannya didischarge dari hospital dan hidup aman damai bersama baby barunya yang 'tersangatlah istimewa'..

sepanjang kehamilan tu rahim die memang stay sebagai pelvic organ, berat pun sekitar 500 gram selepas operation dijalankan. biasenya berat uterus post-partum bole mencapai 1kg untuk menampung baby di dalamnya, tp slowly akan kembali ke saiz asal seperti sebelum kehamilan dalam tempoh 1-2 bulan lebih kurang..

doktor tu pulak, bile da abes je kes tu, tros tulis artikel dan submitkan ke pan-arab medical journal untuk disiarkan.. makcik tu susah-susah mengandung, doktor dapat name.. :)

anyway, tu yang doktor tu citer r.. kalu die tipu saya pun tipu gak la..

apepun, saya tetap kagum dan tak pernah jangka pun masih ada juga kes ectopic pregnancy yang 'berjaya' mcm kes ni.. subhanalkhaliq.. tak tergambar rasanya betapa hebatnya Tuhan kita menguasai dan mentadbir segenap alam ni..

maka benarlah firman Allah, apabila dikatakan jadilah, maka jadilah..


subhanallaha wabihamdihi.. subhanallah al-azim.. setinggi pujian buatMu..

ingatilah Allah ketika senang dan susah


road to kampung soeharto

kullu 3am wa antum bikher



Ahlan ya Ramadhan...

Allahu akbar, walillahil hamd..


p/s: sape rindu bolelah calling2 +60179561760 :)

Kenyataan Akhbar 30 Julai 2009

Berikut adalah press statement yang dikeluarkan oleh pejabat editorial The Jordan 'B'ost untuk tatapan umum.


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WBT.

Segala puji buat Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullullah SAW, keluarganya dan sahabatnya, thumma amma ba3d.

1. InsyaAllah sekiranya diizinkan Allah saya akan pulang bercuti ke tanah air mulai 7 ogos sehingga 25 september 2009. Oleh yang demikian saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk bertemu semula dengan sahabat-sahabat lama, senior-senior malah guru-guru saya yang sangat dirindui sepanjang keberadaan saya di sana nanti.

2. Saya memohon maaf kepada semua terutamanya bagi mereka yang telah saya maklumkan bahawasanya saya tidak pulang bercuti di Malaysia Ogos-September ini. Keputusan drastik ini diambil di saat-saat akhir setelah mempertimbangkan beberapa perkara.

3. Bagi sesiapa yang berkelapangan, jemputlah bertandang ke Kampung Soeharto, Kuala Kubu Bharu.

4. (Just in case,) anda boleh menghubungi saya di talian +603 60461168 atau +603 60461848. Nombor mobil saya akan dilampirkan kemudian.

5. Akhir kalam, doakan kejayaan kami di dalam peperiksaan akhir Community Medicine 5 Ogos ini.


Sekian, terima kasih.

promote2~

Klik gambar untuk maklumat lanjut :)

tak ngah dalam kenangan T.T


semoga Allah merahmati roh tok ngah yang senantiasa saya kasihi dan ingati..

innalillahiwainnailaihirajiun..

multiple choice Qs

bismillah..

bila bercerita tentang exam berformatkan mcq ni, saya teringat masa zaman pre-clinical years saya dulu. ramai yang kata tak suka sangat dengan exam format mcq ni. banyaklah sebabnya. soalan susahlah.. pilihan jawapan banyak sangatlah.. dengar-dengar juga ada yang mengeluh..

"kalau ada soalan subjektif ke, bertulis ke, kan best.. buat esei ke.. barulah 'terbuka minda'.."

bagi yang tidak pernah ke jordan, ya memang semasa pre-clinical years kiteorang tak pernah terdedah dengan sebarang exam bertulis atau lisan. kiteorang juga tak pernah diberi tugasan atau assignment (kecuali subjek health management kot, tu pun basic je). mungkin sebab jumlah tenaga pengajar di sini tidak mencukupi untuk membolehkan corak exam yang sedemikian rupa dijalankan. dalam erti kata lain memang markah ataupun evaluation kiteorang di sini semasa pre-clinical dulu semata-mata mid-term & final exam yang berformat mcq tu lah. suka atau tak, terima jelah hakikat.

then bila masuk ke tahun klinikal, format exam dipelbagaikan sket. ada osce (objective structured clinical examination, ala-ala exam amali gitu), ada mini-osce (yang ni lebih kurang exam bertulis, ya3ni kita jawab soalan berdasarkan paparan slideshow) dan macam biasa, exam format mcq masih digunakan untuk final exam.

saya ingatkan bila dah masuk klinikal ni semua orang akan happy lah bila da jumpe format exam bertulis macam mini-osce ni.. tapi tak juge.. ibaratnya mini osce kalaulah gambar yang ditunjuk dalam slideshow tu memang kita tak pernah tengok atau jumpa, melopong je lah.. nak bantai pun takde idea.. lainlah kalau mcq. dalam 5 pilihan jawapan tu dah tentulah ada satu yang betul, kurang-kurang pun probability untuk dapat jawapan yang betul tu adalah dalam 1/5.. kalau dah tau 3 jawapan salah tinggallah 50:50 ye dak? kalu mini osce? yang ado~

what is this? (haa matilah xpernah jumpe dalam browse!)

berkenaan exam format mcq ni, walaupun saya tak nafikan soalan semakin hari semakin susah, saya dapat perhatikan pola pembahagian level kesusahan soalan tu di'distribute'kan dengan sekata.. maknanya, jumlah soalan yang sangat susah, sederhana susah, sederhana senang & kacang goreng adalah lebih kurang sama (doktor ni adil tau.. takdenye nak menganiaya budak-budak dengan soklan super-susah.. cume kadang-kadang soalan yang not-directly-related dengan subjek tu pun masuk sekali.. tu yang panas tu~). so, dalam banyak-banyak tu, kalau study cukup, mengulang banyak kali, dengan tak ponteng muhadhoroh & hospital rounds kurang-kurang pun above 60% insyaAllah dah ada dalam tangan. tambah pulak sekarang ni kutlah islamiyyah dah ambil inisiatif untuk kumpul dan edarkan soalan tahun-tahun lepas untuk menjadi bahan rujukan dan latihan. so tak patutlah kalau fail.

lastly sebelum penutup (lambang da takde idea nak citer ape), sedikit tips menjawab soalan mcq (yang basic je kot) untuk dikongsi bersama:

  1. yang paling penting sekali, make sure korang da cover semua topik yang akan masuk dalam exam nantilah. tak study, taklehlah jawab..
  2. macam biasa, sebagai umat Islam, mulakan exam dengan bismillah, doa dan selawat ke atas nabi. tenangkan hati, then proceed untuk mula menjawab.
  3. baca soalan sampai habis. baca juga semua pilihan jawapan sampai habis. then cuba fahamkan kehendak soalan apa sebenarnya yang dia nak. this is the main mistake yang ramai orang selalu cuai. bila baca soalan tak habis, maka tak fahamlah kehendak soalan, maka tak jumpalah jawapan yang betul.
  4. perhatikan 'keyword' dalam soalan berbentuk penyataan seperti the most, the least, all true except, all false except.. etc etc.
  5. untuk soalan berbentuk case persentation, cuba cari klu dan 'keypoint' disebalik soalan tu. contohnya, 4 years old girl with 'rudiment thumb', 'weight & height below 5th centile', 'microcephalic' and irregular pigmentation on her trunk & anogenital areas. most likely 'hematological disorder' associated with her presentation? jawapannya: fanconi anemia.
  6. rule out seberapa banyak jawapan yang korang yakin salah. this will increase the probability that your answer will be right. tapi nak rule out ni kena dengan ilmulah ye, bukan dengan nafsu, ikut suke hati je nak rule out (sampaikan soalan yang betul pun di'rule out'nye sekali kalau careless).
  7. kalau tinggal 2 pilihan jawapan dan korang memang takde klu mana satu yang betul, maka berdoalah di dalam hati (penting ni) mintak ditunjukkan jawapan yang betul, dan korang pilihlah jawapan yang hati korang rasa paling selesa dengannya. dan kemudian bertawakallah.
  8. sila menggunakan logik akal kalau terlupa atau tak terbaca tentang satu fakta (especially dalam soalan pernyataan) kerana fakta sains ni semuanya pasal logik dengan tak logik je.. ni bukan syariah islamiyyah ye kawan-kawan :)
  9. kalau idea tak sampai lagi skip to the next question. jangan spend masa yang terlalu lama untuk setiap soalan.
  10. jangan gelabah. rilek-rilek sudah.
  11. tengok masa yang diperuntukkan dan jumlah soalan yang korang kene jawab. estimate setiap soalan berapa minit paling lama korang boleh spend supaya korang boleh go through semua soalan. jangan sebok nak fikir keluar awal je unless korang memang star la kan.. (kalau tengok orang lain semua berderu-deru keluar buat bodoh je.. jangan ter'psycho' dengan dorang, pedulikkan je.)
  12. manfaatkan baki masa yang ada untuk check semula semua jawapan yang telah ditanda atau di flag. jangan biarkan ada jawapan yang terbiar kosong tidak bertanda. rugi. kembali ke point 4, manelah tau kan kot-kot mase jawab mula-mula tadi terlepas pandang keyword-keyword tu so ter'tick' jawapan yang salah.. kan da rugi kalau tak dibetulkan..
  13. ada orang kata, selalunya instinct pertama (ataupun apebende yang mula-mula terlintas kat kepala tu) adalah betul. orang katalah.. so kalau da tanda dan yakin jawapan tu betul janganlah diubah-ubah. (tips ni lebih untuk mini osce..)
  14. yang lain bole tambah dekat komen okeh :p


untuk rakan-rakan seperjuangan, selamat berjuang untuk paper terakhir isnin ini. bittaufiq wannajah buat semua, semoga 'kemenangan' bersama kita.

takbir!! :)

quick recap

1. saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat kawan-kawan saya yang telahpun bersusah payah menyediakan hidangan untuk majlis tadi: sakan dengan ayam perciknya, abu malik dengan papriknya, team aladin, aiman rosli & ameq dengan 'halawiyat2nya', tidak lupa team aime dengan nasik putihnya yang habis licin (hehe).. memang sedap & superb! thank you so much.. jazakallah khairan jaza'!

2. saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat semua rakan-rakan seperjuangan yang bakal dan sedang menempuh peperiksaan akhir semester.. dari yang juniornya sampailah ke seniornya, yang medicnya begitu jugalah yang syariah, usul fiqh, lughah & ekonominya.. bittaufiq wan najah.. semoga Allah membantu kita.. amin!

3. buat ameq yang akan melangsungkan kenduri kahwinnya di tanah air jun ini, moga selamatlah semuanya.. moga Allah memberkati..

4. dan akhir sekali, seandainya dimakbulkan Tuhan, buat semua tetamu Ar-Rahman ke tanah suci tidak lama lagi, selamat bertolak dan selamat kembali.. taqabbal Allah minna wa minkum..

padaMu ya Allah saya mohon petunjuk

bismillah..

hari ni saya telah membuat satu keputusan yang.. yang.. hmm entahlah.. saya sendiripun tak tau nak kategorikan sebagai satu 'kesilapan yang besar' ke ataupun satu 'cabaran yang besar'..

tepat pukul 1 petang tadi pendaftaran batch 2005 untuk semester musim panas telahpun dibuka secara 'online'. subjek yang bakal kami ambil untuk semester akan datang ni - public health. kali ni, batch kami yang seramai 450 orang tu akan dipecahkan kepada 9 kumpulan melalui sistem siapa-tasjil-cepat-dia-dapat-kumpulan-yang-dia-nak (anyway, syu'bah 1, 2, 6, 7, 8 and 9 at this moment has been already closed) dan dengar citer mase nilah kitorang akan masuk kampung-kampung, ziarah rumah makcik-makcik arab, buat survey berkenaan dengan beberapa isu kesihatan and lastly present depan lecturer.. (owh my gosh i'm sooo nervous!)

so to make long story short, saya pun mentasjilkanlah diri saya macam biasa tanpa berbincang terlebih dulu dengan rakan-rakan 'sejawatan' berkenaan kumpulan mana yang dorang akan masuk, konon-kononnya saja nak kasi suprise.. memandangkan cuma ada 9 kumpulan sahaja maka saya beranggapan mesti ada punyalah 2-3 orang tersangkut dalam kumpulan yang saya pilih. siapa saya tak kesah, biarlah ia sebagai satu kejutan.. kononnya!

habis je tasjil saya pun kembali menyambung semula kehidupan saya seperti biasa dengan hati yang senang lambang dah setel satu perkara, walaupun hati masih tertanya-tanya siapakah gerangannya si dia yang bakal 'menemani' saya sepanjang semester musim panas nanti.. hmm~

dan siang pun membawaklah ke malam.. seperti yang telah dirancang kami pun berhimpunlah di rumah salah seorang sahabat kami untuk mengadakan program solat hajat berjemaah sempena peperiksaan akhir yang bakal menjelang. sesudah tu sambil duduk borak-borak, masing-masing mula bertanya-tanya, (macam dalam surah an-naba' pulak.. 3mma yatasaa'aloon..) "eh ko amik syukbah ape?"

korek punye korek, maka ketahuilah bahawasanya abg aizat dengan abg nuek dapat syu'bah 9 (katanya dengan dr buran yang sangat faseh cakap melayu haha.. xdelah gurau je.. dah tentulah english~), acap 7, aladin 7, awe 6, sop 8.. ramai amik 6, 7, 8.. senang citer takde sorang pun dak lelaki yang amik shukbah 2!

haih pelik.. bukan ke dalam iklan ym sumer masing-masing promote syu'bah 1, 2, 7 & 8? ini adelah sesuatu yang aneh.. apa yang tak kena dengan syu'bah 2 ni?

'yang kat dalam ni' mulelah rase tak sedap.. palpitation.. dah mula terbayang-bayang siapa pulak kawan-kawan arab yang akan jadi partner saya nanti.. baik ke dia? nak ke dia kawan dengan saya, kerja dengan saya? hmm~

then saya cuba optimiskan balik pemikiran saya, insyaAllah saya cuba walaupun tanpa kawan-kawan seperjuangan saya dari malaysia.. mungkin nilah masanya untuk saya cuba gunakan kesempatan untuk deal dengan kawan-kawan arab dengan lebih dekat.. mintak-mintaklah dapat kawan-kawan yang banyak memberi manfaat, waa3uzubillah lah drpd yang memberi mudharat.. (anyway, saya selalunye lagi senang masuk dengan kawan-kawan arab yang boleh dikatekan set-set sheikh ni kot, ala-ala malaikat gitu.. sebab dorang macam lebih berpekerti mulia & beradab sopan kalau nak compare dengan kawan-kawan arab yang lain.. kita kalau boleh naklah kawan yang bukan sahaje pandai tapi ada attitude.. sekurang-kurangnya teladan baik yang dorang tunjuk boleh kite contohi.. tak gitu?)

nak jadikan cerita lebih menarik, balik-balik je rumah saya teruslah check email.. saje je nak tengok kot-kot ada berita baru tentang markah osce untuk subjek internal medicine hari tu.. sekali saya ternampak satu email ni.. dihantar oleh firas sahawneh (sape xkenal memang bukan budak batch 2005!) melalui yahoogroup [lajneh].. bunyiknye kalu da di'translate' adelah lebih kurang macam ni..

"hello guys, sape ek tasjil syukbah 2?"



[dengan tidak semena-mena, terus dengar bunyi guruh dan halilintar]

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!



semoga Allah memberi hidayah dan kekuatan kepada kita semua. amin..

sekian~

jalan-jalan cari makan versi TJP

bismillah..

[ini adalah entry yang bersifat santai yang telah ditulis sejak 2 hari yang lepas namun gagal di'post' lantaran masalah gangguan internet. harap maklum.]

mat'am oozi (atau restoran oozi) merupakan salah sebuah restoran baru yang terletak berhampiran dengan kediaman saya di syari' jamiah, irbid. restoran ini menyajikan hidangan nasi arab yang pelbagai seperti mandi, beriyani dan sebagainya. untuk pengetahuan mereka yang belum pernah ke irbid, restoran arab yang menghidangkan nasi sebenarnya tidaklah terlalu banyak di sini, mungkin kerana masyarakat arab secara umumnya tidak kerap makan nasi berbanding orang melayu. di sepanjang syari' jamiah irbid tidak sampai 10 restoran yang menyajikan hidangan nasi yang merupakan kegilaan masyarakat melayu yang menetap di sini. di antaranya termasuklah mat'am taj mahal, mat'am yamani isyarah iskan, mat'am yamani 'apanama..' (bawah tanah, tak ingat ape nama dia), mat'am hadralmaut duwar jamiah, mat'am eishil huna, mat'am oozi, mat'am umari (juga berhampiran dengan rumah saya), mat'am beriyani hindi, mat'am abu mahmud dan mat'am dai'ah. (mungkin ada yang tertinggal tapi nak mudahkan cerita nilah restoran nasi yang ada.) setiap restoran ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri - dari segi rasa, harga, layanan etc - dan kebiasaannya ia adalah sesuatu yang bersifat subjektif, yakni penilaian terhadap sesebuah restoran itu mungkin berbeza bergantung kepada citarasa pelanggan.

setakat ini saya telahpun mencuba hampir kesemua restoran di atas, yang paling terbaru - mat'am oozi ni lah. walaupun restoran ini sudah memulakan operasi perniagaannya sejak beberapa bulan yang lepas, baru semalam saya tergerak hati untuk mencuba. mungkin terkesan daripada keadaan restoran yang selalu lengang (walaupun restoran cantik, bersih dan kemas) dan respon kurang memberangsangkan daripada rakan-rakan yang pernah mencuba. menu bertuah saya malam tadi - mandi. (wajibah lain dah habis kot lambang dah larut malam.) seperti biasa, saya minta hidangan saya untuk dibungkus pulang, tambahan pula pekerja restoran sudahpun mengemas premis mereka dan bersiap-siap untuk balik.

sementara menanti hidangan saya di'panas'kan semula, saya meninjau-ninjau keadaan di dalam restoran. keadaannya memang bersih, selesa dan menenangkan. lokasi memang strategik, dekat sangat dengan jalan besar tempat orang lalu lalang. alunan ayat suci al-quran pula sentiasa berkumandang mendamaikan jiwa. (adalah sesuatu yang biasa di negara arab untuk memasang saluran tv al-quran di kedai-kedai). dekorasi restoran sangat menarik, dengan gabungan warna kuning cair bersama hijau muda menyerikan dinding premis berkenaan. kaligrafi arab turut menghiasi suasana. ironinya, walaupun restoran ini agak kurang dikunjungi (buat masa ini) meja makan dan kerusinya jauh lebih banyak dan mencukupi untuk menampung pelanggan yang ramai jika hendak dibandingkan dengan mat'am yang lain (terutamanya mat'am yamani) yang seringkali tidak cukup tempat makan, misalnya ketika 'peak hour' ataupun hari jumaat. layanan pekerjanya pula setakat ini sangat memuaskan. (harapnya berterusanlah.)

salah satu yang menarik di mat'am oozi adalah menunya yang pelbagai. sekurang-kurangnya tiga jenis nasi akan dijual dalam sehari, bergilir-gilir setiap hari. hari ni mandi, maqlubah dan beriyani. esok mungkin mansaf, kabsah dan oozi. begitulah seterusnya. boleh dikatakan terdapat beberapa jenis nasi yang dijual disini agak 'baru' bagi saya. petang tadi untuk pertama kalinya saya mencuba nasi kashmiri, lebih kurang macam mandi tapi boleh tahanlah juga sedapnya. selain mat'am oozi, mat'am taj mahal & mat'am beriyani hindi turut menghidangkan pelbagai jenis nasi yang jarang-jarang ditemui di premis lain. dan kepelbagaian ini penting supaya pelanggan tidak bosan, tak begitu?

seperti restoran nasi yang lain, hidangan nasi di sini datang bersama ayam yang dimasak dengan cara yang pelbagai - mungkin dipanggang, digoreng, ataupun dimasak bersama kuah. (saya tak pasti restoran ni ada daging ke tak.. takpe esok kita cuba~) side-dishes seperti sup, 'fasuliya', 'yakhneh', laban, salatoh arabi (salad arab yang dibuat daripada tomato, timun dan kobis), puding dan sebagainya turut disediakan. memang menarik. harga pun boleh tahan, tidaklah terlalu mahal. untuk wajibah biasa (nasi bersama ayam) adalah dalam jd 2.50. not bad, kedai lain pun sekitar jd 2.25-2.75.

hairan juga saya mengapa restoran ni tidak menjadi pilihan masyarakat setempat.

mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa tetibe plak saya beriya-iya mempromote kedai ni?

sebenarnya, saya sangat mengagumi semangat masyarakat arab yang ditunjukkan dalam bidang perniagaan seperti ini. orang arab bukan macam orang melayu bila berniaga. kedai sebelah-menyebelah, walau jual produk yang sama sekalipun memang tak jadi masalah. takde nak menjampi serapah, takde nak mendengki khianat, takde nak main kotor untuk tarik pelanggan, sekiranya perniagaan jiran mereka lebih laris sedikit berbanding mereka.

apa yang penting bagi mereka adalah kualiti kerja mereka ke arah memuaskan hati pelanggan. oleh sebab itulah seringkali kita lihat orang arab ni bila berniaga automatik terus jadi peramah dan sopan santun. (nak amik hati agaknya.. tapi ada je yang eksen, terutamanya yang kerja sebagai 'kuli'.. penat kot..) yang mana duit lebih sikit tiap-tiap tahun 'renovate' premis mereka sebaik dan secantik mungkin. ada juga yang cuba lari daripada menjadi 'stereotype' - mempelbagaikan produk yang ingin 'dipersembahkan' kepada pelanggan dengan cara yang tersendiri. dan yang paling penting sekali, memastikan layanan 'tip-top' diberikan kepada semua pelanggan tanpa sebarang prejudis. semuanya adalah untuk membuatkan pelanggan 'jatuh hati' dengan mereka.

(bercakap pasal prejudis ni mungkin ada yang tak tau beberapa restoran dekat sini telah saya boikot lantaran layanan buruk dan double-standard premis berkenaan terhadap orang melayu.. carilah sendiri kedai mana..)

mat'am oozi bagi saya telahpun menepati hampir kesemua kriteria yang melayakkan ianya untuk menjadi salah sebuah restoran paling 'hot' di irbid, namun saya hairan hal yang demikian tidak berlaku secara realitinya. saya tak taulah apa kurangnya dengan restoran ni, tapi bagi yang belum mencuba, trylah sekali sekala makan di sini.

adalah sesuatu yang menyedihkan untuk melihat perniagaan saudara kita gulung tikar begitu sahaja lantaran tidak mendapat sokongan masyarakat setempat. apa salahnya kita cuba bantu tingkatkan ekonomi saudara seagama kita walaupun berlainan bangsa, daripada kita berterusan melaburkan duit di premis-premis makanan segera yang ternyata lebih mahal harganya, namun kurang pula khasiatnya. insyaAllah, bila kita niat bantu ekonomi saudara kita, Islam sendiri mendapat pulangannya. malah setiap qirsh, sen (atau apa sahaja matawang) yang kita laburkan dengan niat itu mudah-mudahan diberkatiNya.

apa yang paling penting, jangan membazir, jangan banyak makan (syarhutto'am), jangan makan makanan yang kurang berkhasiat, jangan tak makan juga (nanti hypoglycemic terus pitam) dan pastikan kesihatan anda di tahap optimum.
"wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepadaNya."
[al-baqarah, 172]

selamat beramal..

ayat-ayat cinta I

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.

(Akan tetapi) mereka (orang-orang kafir) mengambil sembahan-sembahan selain dari Allah sebagai tuhan; yang tidak dapat mencipta sesuatu apapun, bahkan sembahan-sembahan itu sendiri diciptakan (oleh penyembah-penyembahnya dari bahan-bahan di bumi), ianya tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri, tidak pula berkuasa mematikan atau menghidupkan apatah lagi membangkitkan semula makhluk-makhluk yang telah mati.

Dan orang-orang yang kafir itu berkata, "(Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain." Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta.

Dan mereka berkata lagi, "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)."

Katakanlah (kepada mereka wahai kekasihKu Muhammad), "Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Dan mereka pula berkata, "Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya)."

"Atau diberikan kepadanya perbendaharaan harta benda atau sebuah kebun untuk dia makan hasilnya," dan orang-orang yang zalim itu berkata pula (kepada orang-orang yang beriman), "Sebenarnya kamu semua hanyalah menurut seorang yang tidak siuman."

Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka memibaratkanmu dengan pelbagai misal perbandingan (yang bukan-bukan), dengan sebab itu sesatlah mereka, sehingga mereka tidak mendapat jalan petunjuk.

Maha Berkat Tuhan, jika Dia kehendaki sudah tentu Dia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta dibinakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah).

(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang.

Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh.

Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, berteriaklah mereka di sana mengharapkan kebinasaan (agar mereka terlepas dari azab yang pedih itu).

(Lalu dikatakan kepada mereka,) "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini dibinasakan sekali sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya)."

Bertanyalah (kepada mereka), "Adakah (azab seksa Neraka) yang demikian itu lebih baik ataupun syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa?" Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali.

Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa masing-masing).

Dan (ingatkanlah) hari Tuhan menghimpunkan mereka (yang kafir) bersama makhluk-makhluk yang mereka sembah selain daripada Allah, lalu Dia bertanya (kepada makhluk-makhluk yang telah dipuja dan disembah itu), "Kamukah yang menyesatkan hamba-hambaKu itu atau mereka yang sesat jalan?"

Mereka menjawab, "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)! Sudah tentu tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun selain daripadaMu sebagai pelindung yang disembah (dan tidak patut juga kami menyeru orang menyembah kami); akan tetapi engkau (wahai Tuhan kami) telah melimpahkan kemewahan kepada mereka dan kepada datuk neneknya sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran agamaMu dan menjadilah mereka kaum yang binasa."

Maka (dikatakan pula kepada golongan itu), "Sesungguhnya mereka (yang kamu puja dan sembah) itu telah mendustakan dakwaan kamu (bahawa mereka yang menyesatkan kamu). Oleh itu, kamu semua tidak akan dapat menjauhkan azab seksa atau beroleh sebarang pertolongan dan sesiapa yang berlaku zalim di antara kamu (wahai umat manusia, dengan kekufuran atau maksiat), Kami akan merasakannya azab seksa yang besar!"

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Dan berkatalah pula orang-orang yang tidak percaya akan menemui Kami (ketika Hari Kebangkitan kelak), "Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita atau kita dapat melihat Tuhan kita?"

Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap sombong angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya.

(Ingatkanlah, apabila tiba) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya) dan mereka akan berkata, "Semoga kita jauh, dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)."

Dan Kami akan memperlihatkan (kepada mereka ketika Hari Kebangkitan kelak) setiap jenis amal kebajikan mereka di dunia (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikannya (amal kebajikan mereka ketika di dunia itu) terbuang bagai debu yang berterbangan.

Ahli-ahli Syurga pada hari itu (pula) lebih baik tempat menetapnya dan lebih elok tempat rehatnya.

Dan (ingatlah) pada hari (ketika) langit terpecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat) dan (lalu) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasuk-pasukan.

Kuasa pemerintahan yang sebenar-benarnya pada hari itu adalah tertentu bagi Allah Yang Maha melimpah rahmatNya dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir.

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata, "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul.

"Celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu (syaitan dan iblis) menjadi sahabat karib!

"Sesungguhnya dia (syaitan) telah menyesatkan aku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku, dan sungguh, syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya).

Dan berkatalah Rasul, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai."

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari kalangan orang-orang yang bersalah dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi pemberi petunjuk serta menjadi penolong (bagimu terhadap mereka).

Dan orang-orang yang kafir berkata, "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan sedemikian (beransur-ansur) kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.

Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil (untuk menentangmu) melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan penjelasan yang sebaik-baiknya (untuk menangkis segala yang mereka katakan itu).

Orang-orang yang akan diseret beramai-ramai ke Neraka Jahanam (dengan tertiarap) di atas mukanya (ialah) mereka yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya.

Dan sesungguhnya Kami telah berikan Kitab Taurat kepada Nabi Musa dan Kami lantik saudaranya Nabi Harun, sebagai pembantunya.

Lalu Kami perintahkan mereka, "Pergilah kamu berdua kepada kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami," maka (kesudahannya) Kami binasakan kaum itu sehancur-hancurnya.

Dan (demikian juga) kaum Nabi Nuh, ketika mereka (orang-orang musyrik) mendustakan Rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka dan Kami jadikan mereka satu tanda (yang menjadi contoh) bagi umat manusia (yang hidup sesudah zaman itu) dan Kami sediakan bagi sesiapa yang zalim azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Dan (demikian juga Kami telah binasakan kaum) Aad dan Thamud serta Ashaabur-Rassi (kaum Nabi Syu'aib) dan banyak lagi generasi di antara zaman yang tersebut itu (kerana mereka mensyirikkan Allah dan berlaku zalim terhadap utusan-utusanNya).

Masing-masing, telah Kami berikan kepada mereka contoh tauladan yang mendatangkan iktibar (daripada kisah-kisah kemusnahan generasi sebelum mereka) dan masing-masing telah Kami hancurkan sehancur-hancurnya (kerana mereka tidak mahu mengambil pengajaran).

Dan demi sesungguhnya, mereka (yang menentangmu wahai Muhammad) telah melalui bandar (kaum Sodom) yang telah dihujani (dengan) azab yang buruk, maka (mengapa mereka masih berdegil mensyirikkan Kami), tidakkah mereka selalu dapat menyaksikannya? (Mereka tidak fikirkan yang demikian itu satu balasan kufur) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak ingatkan adanya kebangkitan hidup semula (untuk menerima balasan).

Dan apabila mereka melihatmu (wahai Muhammad), mereka hanyalah menjadikanmu ejek-ejekan (sambil berkata), "Inikah orangnya yang diutus oleh Allah sebagai RasulNya? Sebenarnya dia hampir-hampir dapat menyesatkan kami (dari berterusan menyembah) tuhan-tuhan kami), seandainya kami tetap bertahan menyembahnya."

Dan mereka akan mengetahui kelak (akan kesesatan mereka) tatkala azab seksa berada di depan mata mereka.

(Dan Kami akan bertanya) "Siapakah sebenar-benarnya yang sesat jalannya?"

Nampakkah kamu (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya supaya mereka tidak sesat?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? Bagaimana Dia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Dia kehendaki tentulah Dia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah). Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu, kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur.

Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk beristirehat, serta menjadikan siang untuk kamu keluar mencari rezeki.

Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai khabar gembira sebelum kedatangan rahmatNya dan Kami turunkan dari langit itu air hujan yang bersih lagi suci;

Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang tandus, serta memberi minum kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujah-hujah dan bukti-bukti di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalKu serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia enggan bahkan mereka kufur!

Dan kalau Kami kehendaki, tentulah Kami utuskan dalam tiap-tiap negeri, seorang Rasul pemberi amaran.

Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah Al-Quran menghadapi mereka dengan kesungguhan yang besar dan bersungguh-sungguh.

Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.

Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikan mereka (mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan) dan sememangnya Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).

(Akan tetapi) mereka (orang-orang musyrik tetap) menyembah benda-benda selain Allah, (sedangkan sembahan-sembahan itu sedikitpun) tidak memberi manfaat kepada mereka (yang menyembahnya) dan tidak pula mendatangkan mudarat kepada mereka (yang tidak menyembahnya) dan orang yang kafir selalu menjadi pembantu (bagi golongannya yang kafir) untuk menderhaka kepada Tuhannya.

Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).

Katakanlah, "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredaan Allah."

"Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya dan cukuplah Dia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya."

(Dialah) Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Dialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu), "Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!" Mereka bertanya, "Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?" Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.

Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.

Dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya) atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu);

Dan hamba-hamba Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang bodoh yang berkelakuan kurang adab, menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan "salam." (iaitu menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini);

Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri;

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan.

Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk;

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu;

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina.

Dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya,

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;

Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak memberikan kesaksian palsu, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang lagha, mereka berlalu dengan menjaga kehormatan diriya.

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, mereka tidak bersikap seumpama orang-orang yang pekak dan buta.

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,

Mereka kekal di dalam syurga; amatlah elok syurga itu sebagai tempat penetapan dan tempat tinggal.

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar), "Tuhanku tidak akan mengendahkanmu sekiranya kamu tidak mahu mengabdikan dirimu kepadaNya; Sesungguhnya kamu telahpun mendustakan Tuhanku; oleh yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan pendustaan kamu itu) bakal menimpa kamu kelak."


صدق الله العلي العظيم

gaza terus menangis

bismillah..

serangan berdarah israel ke atas gaza masuk hari ketiga hari ini. setakat ini lebih 290 saudara kita di gaza syahid, manakala lebih 700 yang lain cedera. 7 kakitangan united nation (unwra) yang bertugas di dalam misi kemanusiaan di sana turut terkorban akibat serangan tersebut.

menurut media, israel laknatullah sudah mula menempatkan kereta-kereta kebal di sempadan gaza untuk menanti signal daripada pihak atasan untuk memulakan serangan atas darat, memburukkan lagi keadaan semasa di sana.

hari kedua serangan menyaksikan universiti Islam dan masjid utama gaza di antara yang menjadi sasaran. walaupun israel mendakwa mereka hanya menyerang pusat operasi hamas, sudah jelas mereka mensasarkan lebih dari itu, dan itulah matlamat mereka - menghapuskan bukan sahaja hamas akan tetapi seluruh gaza!

sementara itu masyarakat global di seluruh dunia - united kingdom, amerika, seluruh tanah arab malah di israel sendiri - terus mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan membantah dan mendesak agar serangan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas gaza dihentikan serta-merta. di lubnan, demonstrasi diadakan di hadapan kedutaan mesir mendesak kerajaan mesir untuk membuka sempadan rafah untuk membenarkan rakyat gaza menerima rawatan dan mendapat perlindungan di sana.



sekatan ke atas gaza masih berterusan - bekalan perubatan, makanan dan sumber tenaga terus disekat, meninggalkan rakyat gaza di dalam keadaan yang paling terdesak. peningkatan angka kematian antara lainnya disumbangkan oleh kekurangan medical supply, kelewatan menerima rawatan dan ketiadaan tempat di hospital-hospital gaza untuk menerima lebih ramai rakyat gaza yang cedera. penutupan sempadan rafah juga turut memburukkan keadaan. media, pasukan perubatan dan diplomat asing turut dilarang melintasi sempadan untuk memasuki dan memberi bantuan kepada gaza.

di saat ini sokongan masyarakat dunia sangat diperlukan untuk menyebelahi gaza. us ketika ini berpihak kepada israel. baik bush mahupun obama, kedua-duanya tidak memperdulikan nasib rakyat gaza ketika ini. mereka sebaliknya menyalahkan hamas sebagai punca serangan dilakukan terhadap gaza, namum mereka sengaja membutakan mata, memekakkan telinga terhadap apa yang dilakukan israel terhadap gaza sebelum ini - menyekat kemasukan sumber tenaga, makanan dan medical supply terhadap gaza - yang memaksa hamas untuk 'melakukan sesuatu'. un hanya sekadar menyatakan bantahan, namun masih tiada sebarang tindakan secara langsung dilakukan ke atas israel bagi menghentikan tindakan keji mereka. presiden palestin sendiri tidak mampu melakukan apa-apa selain terus menyalahkan hamas di atas apa yang berlaku.

di saat umat Islam gaza tidak mampu bertindak balas, umat Islam di serata dunia perlu bertindak dan terus menyatakan bantahan secara lantang dan jelas terhadap israel. berhenti menyokong mereka - boikot semua produk israel setakat yang mampu. teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah, semoga rakyat gaza diberikan ketabahan dan kekuatan untuk melalui kesengsaraan yang menimpa mereka, semoga Allah menurunkan tentera-tentera langit untuk membantu pejuang-pejuang Islam di gaza yang berada di dalam keadaan serba kekurangan untuk menghancurkan israel dan merahmati para syuhada yang syahid di jalanNya.

semoga israel dikalahkan dengan kekalahan yang memalukan. semoga Allah menurunkan bala dan azab yang pedih ke atas israel. semoga Allah menghancurkan negara haram israel!

we should stand for our brothers and sisters! pray hard for them, and may Allah destroys israel and their supporters!


latest news update from AJE



Gaza braces for all-out war

Israeli forces have been massing on the border of the Gaza Strip as warplanes and helicopter gunships continue to pound the territory.

In the latest attacks overnight, Israeli aircraft bombed the Islamic university and a government compound in Gaza City.

Almost 300 Palestinians have been killed since Israel began the offensive on Saturday.

The ministry of health in Gaza has said that about five per cent of the dead were children, while the UN relief and works agency said figures gathered from local medics showed that 51 civilians have been killed.

A 14-month-old child, two women and a man were killed in an attack on the Jebaliya refugee camp near Gaza City late on Sunday, Palestinian medics said.

Tzipi Livni, the Israeli foreign minister, told the US media that Israel was only targeting Hamas and other armed Palestinian groups.

"Unfortunately in a war ... sometimes also civilians pay the price," she said.

She also told NBC's Meet The Press: "Our goal is not to reoccupy Gaza Strip."

Military build-up

However, with hundreds of troops and tanks being deployed along the edge of the territory there were growing fears that the offensive could escalate.

"The indications here on the ground are certainly that the build-up is there, that the preparations are there for a ground offensive," Al Jazeera's Hoda Abdel Hamid, reporting from Izmit in Israel, said.

The Israeli cabinet approved the call-up of 6,500 military reservists and Ehud Barak, Israel's defence minister, has warned that the air raids could be followed by a ground offensive.

"If it's necessary to deploy ground forces to defend our citizens, we will do so," Barak's spokesman quoted him as saying.

Earlier on Sunday, Israeli aircraft bombed the length of the Gaza-Egypt border, taking out tunnels used to smuggle in vital goods to the besieged strip.

Dozens of tunnels are said to criss-cross between southern Gaza and Egypt's Sinai desert, providing a lifeline to residents who are starved of basic supplies due to an 18-month-long Israeli blockade.

Avital Leibovitch, an Israeli army spokeswoman, said: "The air force just attacked over 40 tunnels found on the Gaza side of the border.

"We believe [they] were used for smuggling weapons, explosives and sometimes people," she said. "The pilots notified direct hits on these targets."

'Devastating blow'

Ayman Mohyeldin, Al Jazeera's correspondent in Rafah, a town split in half by the border, said at least one person died and 42 others were injured in the attacks on the tunnels.

"It's certainly a devastating blow to the civilian population in Gaza," he said, adding that speculation the tunnels might be hit had already caused the price of fuel and other goods to soar.

Palestinians attempting to flee the Israeli bombardment managed to breach the border fence with Israel, prompting clashes with security forces during which at least one person was killed.

Tensions at the crossing with Egypt, bypassing Israel, had risen during the day, with Egypt blaming Hamas for not letting wounded Palestinians through and Hamas asking for medical aid to be handed over.

Israel said it began its aerial assault on Gaza in response to rocket attacks launched by Hamas fighters into the south of the country.

A six-month truce between Israel and Hamas in the Gaza Strip ended on December 19.

* * * * *
hidup gaza! hidup Islam!

jahanam israel! celaka israel! la3natullahi 3alaikum!

bangunlah wahai umat Islam, suarakan sensitiviti kita! dan doakan kesejahteraan saudara kita di sana..


ALLAHU AKBAR!!

a wake up call for all muslims, ALL


Allah selamatkan gaza

bismillah..

hari ini, umat Islam di seluruh dunia patut bersedih di atas apa yang berlaku kepada saudara kita di gaza..

israel laknatullah secara biadabnya telah menyerang gaza - suatu yang disifatkan sebagai serangan paling berdarah dalam sehari - sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilancarkan oleh pejuang hamas terhadap mereka baru-baru ini. setakat ini lebih 200 penduduk gaza syahid, manakala lebih 400 yang lain cedera susulan serangan tidak berperi kemanusiaan yang dilancarkan oleh israel sejak pagi tadi.

masyarakat Islam di serata tanah arab mengutuk serangan tidak berperikemanusiaan yang dilancarkan ke atas saudara mereka. serangan yang meragut paling banyak nyawa dalam sehari itu benar-benar mencalarkan perasaan mereka yang telah sekian lama menyaksikan penderitaan rakyat palestin yang tidak pernah henti..

tidak tercabarkah sensitiviti kita dengan apa yang berlaku hari ini?

marilah sama-sama kita doakan saudara-saudara kita di gaza, semoga mereka diberikan ketabahan dan kekuatan untuk melalui penderitaan dan kepayahan yang dicetuskan oleh musuh mereka. semoga Allah merahmati dan melindungi gaza dan penduduknya daripada terus diperkosa oleh kerakusan israel.

semoga Allah menghancurkan negara haram israel! semoga Allah menurunkan bala yang pedih ke atas mereka! semoga Allah menjahanamkan kaum yahudi dan pengkhianat-pengkhianat yang bersengkongkol bersama mereka!

ya Allah, tunjukkan kekuasaanMu yang maha agung. jangan biarkan mereka terus angkuh di bumiMu ya Allah..

sekiranya tatkala ini kita sedang berseronok, berhentilah sebentar.. marilah sama-sama kita selami penderitaan rakyat gaza ketika ini.. cuba cari semula sensitiviti kita..



updated news from AJE

Israeli raid prompts intifada call

Khaled Meshaal, Hamas's political leader, has called for an uprising against Israel after an unprecedented attack on the Gaza Strip killed at least 220 Palestinians and wounded 700 more.

Israel launched Operation Cast Lead on Saturday, destroying Hamas police stations and interior ministry buildings.

It was the deadliest day in Gaza for decades, with Israel continuing to attack sites into the night and threatening that the operation would widen if necessary.

Ehud Olmert, the outgoing Israeli prime minister, described the assault as a war on Hamas, the Palestinian faction which took control of the Gaza Strip in June 2007.

Members of the Israeli cabinet say the attack is in response to an increase in the number of home-made rockets being fired into southern Israel since a ceasefire ended on December 19.

Carnage

Gaza witnesses reported heavy damage after more than 30 missiles were fired from helicopter gunships and fighter jets on about 40 different locations in the strip.

Many of the dead were police officers, including Tawfiq Jabber, the Gaza chief of police.

The toll is expected to rise further, with bodies still lying buried under the rubble of destroyed buildings. Hospitals, already suffering from shortages due to an 18-month blockade on the Gaza Strip, said they were struggling to cope with the number of injured, which included women and children.

Gaza is densely populated. Its 1.5 million residents area already experiencing shortages in power and basic supplies due to the siege which is widely condemned by human rights movements as a collective punishment.

In an exclusive interview with Al Jazeera, Meshaal, who lives in exile in Syria, said: "I call upon you [Palestinians] to carry out a third intifada [uprising]."

He called for a "military intifada against the Zionist enemy", as well as "a peaceful intifada internally", in reference to Hamas's power struggle with Mahmoud Abbas, the Palestinian president, whose government is based in the Israeli occupied West Bank.

Ugly massacre

Ismail Haniya, the Hamas leader in Gaza, called the assault Israel's "ugliest massacre".

"I call on Palestinians to remain united and together in the face of this crime, in the face of this massacre and continued aggression, targeting our soil and our citizens," he said.

Olmert, speaking in Tel Aviv on Saturday, said the operation would take time and called on Israelis to be "patient".

"The quiet we offered was answered with mayhem. Our desire for calm was answered with terror," he said.

"You are not our enemies. We do not fight against you," Olmert said in a direct address to Palestinians.

"[Terror organisations] are disastrous for both peoples. Israel is not fighting against the Palestinian people, and the targets attacked today were chosen with the intent of avoiding civilian casualties."

Long operation

Jacky Rowland, Al Jazeera's correspondent in Jerusalam, said: "People have been forewarned about further operations of this intesnsity for many days to come, with more sorties flown by Israeli planes and helicopters and more targets in Gaza.

"In response, more than 50 rockets were fired into Israel today. Defence officials are warning that there could be as many as 200 rockets fired every day into Israel in the days to come."

One Israeli was killed in rocket fire on Saturday.

Salam Fayyad, the Palestinian prime minister, condemned the attack and demanded an immediate cessation.

Many leaders added their voices to condemn the onslaught, including Ban Ki-moon, secretary-general of the UN, who called for an immediate cessation of hostilities.

Mousa Abu Morzouz, the deputy leader of Hamas, said: "Nobody in this world can accept what happened and the Israeli aggression ... [we expect] the international community to stand against this and say that it is not acceptable."

Mustafa Barghouthi, the former Palestinian information minister, said: "This is not an attack on Hamas. It is an attack on the whole population and the free will of the people of Gaza."

He accused Israel of committing "war crimes" and demanded that Abbas and his government stop all relations with Israel.

'Only just beginning'

The Israeli army released a statement on Saturday saying "terrorist installations" were hit and that all Israeli pilots returned unharmed.

Avi Benayahu, an Israeli military spokesman said: "The operation against Hamas is "only just beginning".

The air raids follow a breakdown of a six-month-old Israel-Hamas truce earlier this month.

The ceasefire expired on December 19, with Hamas arguing that Israel had violated the truce by preventing vital supplies from entering the Strip.

Egypt has opened the Rafah crossing with the Gaza Strip to receive injured people, Egyptian officials said. Ambulances have been sent to the crossing and two Egyptian hospitals emptied to take in the wounded.

Hamas won control of the Palestinian Legislative Council in elections in January 2005. The international community refused to accept a Hamas-led government, demanding that the faction recognise Israel and renounce violence. Economic sanctions by the EU and US followed.

Hamas took control of the Gaza Strip in June 2007 after bloody street battles against its rival, Fatah.

* * * * *

seriously, we should be very upset today.. we should!



p/s: boikot israel! boikottt!!!

mencari damai yang hilang

bismillah..

sudah dua hari irbid bermandikan hujan setelah sekian lama ia gersang menantikan turunnya rahmat dari langit.. cuaca yang dingin berserta udara segar pagi ni alhamdulillah sedikit sebanyak mendamaikan jiwa yang semakin berkecamuk memandangkan clinical exam sudah semakin hampir.. 3ala kulli hal, setinggi pujian dan kesyukuran sama-sama kita panjatkan kepada Ilahi di atas kurniaanNya yang tidak putus-putus..

di pagi jumaat yang mulia ni, saya sebenarnya tidak berniat pun untuk menulis panjang, sekadar mencuri seminit dua (ye ke seminit dua?) untuk berkongsi sedikit mengenai apa yang terbuku di hati..

alhamdulillah, setakat ini 3 rakan sebatch telahpun selamat ke jinjang pelamin.. (untuk kali yang pertama, tataulah kot2 ade yang nak ke jinjang pelamin sekali lagi ~ops!) terasa bahagia pula bila melihat seorang demi seorang sahabat saya menyahut seruan sunnah untuk mendirikan rumah tangga.. doa saya, semoga mereka semua kekal bahagia sehingga disatukan semula di syurga nanti insyaAllah..

erm, saya buat masa ni masih belum nampak jalan lagi.. jauh lagi kot.. jauuuhh lagi.. walaubagaimanapun, perancangan tetap ada.. bila dan siapa saya serahkan kepada Allah yang lebih arif merancang.. :)

ramai orang kata, "alah watpelah kawen awal2? tym ni r kite nak enjoy dulu.. nanti da kawen masing2 melekat kat umah je.."

hmm betullah tu.. masa bujang ni memang merupakan satu masa yang mana kita syabab-syabab ni berpeluang untuk buat apa sahaja yang disifatkan sebagai 'adventure', benda-benda yang kita boleh buat dengan kawan-kawan tapi bukan dengan buah hati mahupun anak-anak kita.. ape-apelah, you name it..

tapi.. tu pun kalau kita ada kawan ataupun geng yang sekepala dengan kitalah..

kadang-kadang saya tak nafikan seolah-olah saya kurang memanfaatkan peluang 'masa bujang' saya seefektif mungkin. orang kata, masa bujang ni masa kita nak enjoy dengan kawan-kawan, buat benda-benda yang kita xleh atau susah nak buat bile kita dah kawen nanti..

tapi entahlah.. saya tak rasa enjoy sangat pun hidup bujang ni.. most of the time saya rasa macam hidup sorang-sorang je, hidup dalam dunia sendiri.. saya tak banyak persamaan dari segi interest, hobi etc dengan orang-orang di sekeliling saya.. banyak sebab.. mungkin saya xpandai bersosial, xpandai bercampur gaul dengan orang.. mungkin saya xpandai nak create topic yang menarik untuk disembang-sembangkan dengan kawan-kawan saya.. mungkin juga behaviour saya terhadap mereka kurang menyenangkan.. mungkin..

that's why kadang-kadang, nak saya terasa nak g shopping ke, makan ke, saya prefer pergi sendiri.. terasa janggal nak ajak kawan-kawan, apetah lagi 'hadeq-hadeq' untuk meneman.. (lol, fyi saya xde adek ye kat sini ye.. sekian~)

so disebabkan saya ni kuat berangan, sometimes i think alangkah bahagianya kalau sekarang ni saya mempunyai 'seseorang' di sisi.. seseorang yang menjadi tempat saya berkongsi keceriaan tatkala saya gembira, seseorang yang menjadi tempat saya berkongsi masalah tatkala saya hampa, seseorang yang menjadi tempat saya berkongsi kasih sayang tatkala saya bahagia.. seseorang yang mengisi kekosongan di dalam hati tatkala saya sunyi..

namun perkahwinan is all about responsibility.. tanggungjawab..

bersediakah saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami ketika ini? sejauh mana matangnya saya untuk mengharungi mihnah dan tribulasi rumahtangga (wah ayat) yang pastinya menguji kesabaran dan iman? sejauh mana tingginya ilmu saya untuk membimbing isteri dan anak-anak saya ke arah jalan yang diredhai?

hmm saya tak pasti.. tapi yang pasti, saya masih perlu banyak belajar dan memperbaiki diri untuk ke arah itu..

buat masa ini kawan-kawan sayalah tempat saya berkongsi kegembiraan dan kesedihan.. hilang mereka, sunyilah saya.. famili pula jauh di mata walaupun sentiasa dekat di hati.. kehadiran mereka sedikit sebanyak mengubat kesunyian di hati ini..

namun, tiada apa yang lebih membahagiakan jiwa sekiranya kita mempunyai kebergantungan yang tinggi dan erat dengan Maha Pencipta.. biarpun kita disisih dunia, namun kita sentiasa dekat padaNya.. tanpaNya, apalah ertinya hidup kita di dunia ini..

semoga Allah sentiasa mengurniakan kebahagiaan dan kegembiraan di dalam hidup kita semua, walaupun di kala kita menghadapi kesusahan.. semoga ikatan kekeluargaan mahupun ukhuwah yang kita jalinkan sesama rakan taulan menjadi semakin erat dan kukuh, kerana Allah..

saya juga akan senantiasa menantikan kehadiran teman hidup yang bakal sama-sama mengharungi perit jerih kehidupan bersama saya sehingga ke hujung usia.. semoga kami disatukan dengan ikatan keimanan yang tidak berbelah bahagi kepada Tuhan pemilik sekelian alam, dikurniakan cahaya-cahaya mata yang soleh dan solehah, dan disatukan semula di dalam syurga Allah suatu ketika nanti, insyaAllah..

"rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina quwwata a3yun, waj3alna lilmuttaqina imama.."


p/s: wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekelian, berdoalah agar saya dan rakan-rakan seperjuangan - baik dari tahun 1 sampailah tahun 6, pengajian syariah, medic mahupun dentistry - berjaya dengan cemerlang di dalam imtihan yang bakal kami lalui tidak lama lagi..

pemergianmu ditangisi

bismillah..



ucapan takziah buat sahabat saya, mohd nazim aidil yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang 2 hari yang lalu.. kehilangan ibunya benar-benar dirasai bagi sesiapa sahaja yang mengenali allahyarhamah, apatahlagi suami, anak-anak dan sanak saudara beliau.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. semoga Allah memberikan kekuatan buat mereka sekeluarga untuk melalui kehidupan tanpa kehadiran allahyarhamah puan aisyah binti alam..

semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..

inna lillahi wa inna ilahi raji3un..